Baru- baru ini, pelakon jelita, Ruhainies mendedahkan bahawa dia merupakan seorang yang ‘introvert’.
Artikel Berkaitan: Ruhainies ‘Annoying’ Kisah Abang Tesla Tak Habis Lagi’ – ‘Lelaki Macam Ini Major Turn Off’
Ramai tak tahu
Menerusi hantaran video di TikTok, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas mendedahkan bahawa dia merupakan seorang yang ‘introvert’ dan lebih gemar untuk bersendirian.
Ruhainies menceritakan perkara tersebut ketika hadir sebagai tetamu di podcast, aktres Amelia Henderson.
Pelakon berusia 31 tahun itu turut memberitahu bahawa ia adalah personalitinya yang ramai peminat tidak tahu tentangnya.
Sebab itu saya tak kisah kalau orang tak bercakap dengan saya, sebab saya introvert. Saya lebih suka untuk bersendirian. Mungkin ramai tak tahu lah.
Dalam pada itu, pelakon drama ‘Cukup Derita Itu’ meluahkan rasa terharu serta dihargai apabila dia memenangi sesebuah anugerah kerada ada orang yang menyedari bakatnya.
Dulu saya memang insecure, sebab saya tak rasa saya cantik. Bila saya menang anugerah, saya rasa macam dihargai dan maknanya ada orang sedar saya punya bakat.
Dari situ saya rasa itulah yang Tuhan dah aturkan untuk saya, perjalanan rezeki saya.
Video
@studiosembang insecure? introvert? siapa boleh relate dengan @Ruhainies777 kat sini? maybe normal for everyone utk ada insecurity masing² cuma setiap orang berbeza-beza la kan? hopefully next year kita semua lebih confident with ourselves k! check out this episode on @YouTube @Spotify & @Apple Podcasts ? #jomsembang #studiosembang
Sumber: TikTok