berita

Saya Tak Kisah Orang Tahu Saya Bercinta Dengan Siapa – Adira

December 3rd, 2012 | by Ai
Kini Trending

Untuk tercalon ke Anugerah Juara Lagu 27 (AJL) bukanlah sesuatu yang mudah. Apa lagi jika dilihat pada saingan-saingan yang terpaksa dihadapi ketika Muzik-Muzik, kesemua lagu mempunyai kualiti dan kekuatan masing-masing.

Lain pula pada Adira, penyanyi berusia 21 tahun ini berjaya layak ke AJL ke-27 dengan lagu ‘Ombak Rindu’, duet bersama Hafiz. Dilihat kembali pada isu yang lama, Hafiz dan Adira pernah bercinta namun hubungan mereka berdua tidak bertahan lama.

Walaupun begitu, Adira & Hafiz masih bersikap profesional dan mampu mempersembahkan lagu ‘Ombak Rindu’ secara duet tanpa memikirkan isu ini yang mereka anggap remeh. Malah, lagu yang menjadi lagu latar filem ‘Ombak Rindu’ ciptaan Zaidi ini juga telah berjaya melangkah ke Anugerah Juara Lagu 27.

“Isu cinta ini tak pernah gugat saya punya karier, kerja lagi penting dari gosip.”

“Saya tak kisah orang tahu saya bercinta dengan siapa, ibu saya sendiri pun suka bila saya berterus-terang,” tambah penyanyi yang putih melepak ini.

Adira turut memberitahu bahawa mereka berdua selesa bekerjasama dan tidak menafikan pada mulanya agak kekok sedikit.

“Sekarang dah tak ada masalah. Mungkin masa awal-awal itu, biasalah. Tapi sekarang, kami selesa bekerjasama,” jelas Adira.

Selain itu, ketika ditanya lagu manakah yang bakal menjadi saingan sengit ‘Ombak Rindu’, Adira menjawab, “Saya rasa semua lagu memberikan cabaran yang sengit. Lagu lain semuanya hebat serta dicipta oleh komposer terkenal.”

Dalam perkembangan terbaru penyanyi kelahiran Sabah ini, Adira sudah pun melancarkan single terbarunya berjudul ‘Keajaiban Cinta’ duet bersama Aliff Aziz.

SKIP THIS AD ×