berita

‘Saya Tak Pernah Sorok’ – Edika Yusof Dedah Pernah Terima Panggilan & Mesej Dari Wanita

February 7th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Pelakon filem Maria Mariana iaitu Edika Yusof sebelum ini pernah curi perhatian ramai dengan perkongsian kisah rumah tangganya. Malah, dia juga disinonimkan sebagai lelaki yang setia terhadap pasangannya walaupun isteri sedang sakit.

Artikel berkaitan: ‘Saya Suami Yang Bertuah’ – Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-18, Ramai Kagum Kesetiaan Edika Yusof

Terbaru, dia mendedahkan pernah terima banyak panggilan dari wanita untuk ajak berkenalan dan sebagainya. Tambahnya, sehingga sekarang juga dia masih menerima mesej di laman sosial dari individu tidak dikenali.

Tidak gemar dibandingkan

Bagi pengetahuan umum, isteri kepada Edika iaitu Nor Hidayah menghidap penyakit meningitis mengakibatkan dirinya koma, bisu, hilang deria pendengaran selama setahun, diikuti lumpuh separuh badan ketika melahirkan anak yang kedua.

Sudah tentu, pasangan suami isteri ini menghadapi ujian berat, namun, mereka sama-sama kuat harungi bersama. Sementara itu, Edika memaklumkan dia kurang gemar sekiranya ada pihak yang membuat perbandingan antara dirinya dengan artis lelaki lain.

Sebenarnya, saya tidak gemar apabila ada yang membandingkan saya dengan rakan selebriti lain. Bukan apa, saya kasihan rakan yang menjadi mangsa perbandingan. Soal setia mahupun curang bukan terletak pada rupa paras, tetapi rasa tanggungjawab.

Cabaran sentiasa, pasangan yang berkahwin umpama dua makhluk asing yang tinggal dalam satu rumah. Tidak akan selalu sependapat dan setiap orang ada masalah tersendiri. Bagaimanapun, sebaiknya sah bergelar suami isteri bermakna kita harus menandatangani perjanjian berdepan dengan pelbagai dugaan hidup bersama-sama.

Tidak pernah sorok dari isteri

Sejak berkahwin dengan isteri, Edika mengakui dirinya tidak pernah sembunyikan apa-apa dari pengetahuan Nor Hidayah. Malah, dia tidak pernah menghalang isteri daripada memeriksa telefon bimbit.

Semua orang sama sahaja, cuma terserah kepada individu sama ada mahu bertanggungjawab ataupun tidak. Sepanjang berkahwin, saya tak pernah menyorokkan sebarang perkara daripada pengetahuan isteri. Saya akui, cabaran amat besar apabila bergelar pelakon. Sentiasa ada wanita yang cuba mendekati saya.

Sejak mula isteri sakit, saya sering menerima panggilan daripada wanita. Sampai sekarang masih ada yang menghantar mesej langsung dalam laman sosial, tetapi saya tidak melayannya. Ada antara mereka yang berani menghubungi saya, tetapi saya akan menyerahkan telefon kepada isteri untuk menjawabnya.

Sumber: BH Online

SKIP THIS AD ×