Seperti yang umum sedia maklum, dua buah lagu nyanyian Datuk Siti Nurhaliza iaitu 7 Nasihat dan Dia Bidadari Syurga tersenarai ke pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 35. Ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan yang akan terpilih menggantikan penyanyi nombor satu negara ini.
Artikel berkaitan: Senarai Penuh 30 Lagu Yang Layak Ke Separuh Akhir Muzik-Muzik 35
Terbaru, teka teki tersebut akhirnya terjawab apabila Shiha Zikir disahkan bakal berentap menyanyikan lagu 7 Nasihat bersama Luca Sickta dan Kmy Kmo.
Kata sepakat dari pihak komposer
Memetik laporan Harian Metro, Shiha Zikir akan menggantikan Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi lagu 7 Nasihat bersama Luca Sickta dan Kmy Kmo di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 35.
Saya ditawarkan untuk menjadi penyanyi lagu ini di SAMM35 beberapa hari selepas lagu ini diumumkan layak ke pusingan itu. Ini berdasarkan kata sepakat daripada pihak komposer, Universal Music Malaysia dan pihak Siti sendiri.
Perasaan saya waktu itu bercampur baur. Pada masa sama, saya terkejut juga kerana diberi kepercayaan untuk menyampaikan lagu yang dipopularkan oleh nama besar.
Akan cuba sebaik mungkin
Malah, Shiha turu mengakui kemampuan penyanyi nombor satu Malaysia itu tidak dapat ditangini oleh mana-mana penyanyi. Sebelum ini, Shiha pernah merakamkan lagu cover 7 Nasihat dan pernah dijemput Siti Nurhaliza ketika penyanyi itu membuat sesi nyanyian live di Instagramnya.
Saya takkan mampu memuaskan hati semua orang lebih-lebih lagi lagu itu dipopularkan oleh Siti Nurhaliza yang sememangnya tiada tandingan. Namun, saya akan cuba sebaik mungkin membawakan lagu itu dengan cara saya tersendiri. Namun, pada masa sama saya takkan ubah secara berlebih-lebihan kerana lagu itu sudah cukup sempurna.
Sumber: Harian Metro