Baru-baru ini, pelakon Fikry Ibrahim memuat naik sekeping foto bersama vokalis kumpulan Coldplay iaitu Chris Martin di akaun Instagramnya. Menerusi posting tersebut, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai bentuk komen terhadap Fikry.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Menangis Chris Martin Tengok Sampah Sarap Ni’
Artikel Berkaitan: Impian Fazura Tercapai Tonton Konsert Coldplay, Netizen Puji Semangat Solidariti Yang Dipamerkan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lelaki Buat Kejutan Melamar Kekasih Semasa Konsert Coldplay
Badan tidak selari
Menerusi laporan BH Online, Fikry berkata foto tersebut disunting dengan latar belakang lokasi ikonik, Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah, sebagai realiti.
Fikry mengaku menyunting foto terbabit kerana ingin mengambil ‘hype‘ sempena Konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu lalu.
Bagaimanapun, Fikry tidak menyangka ada peminat percayai dia berjumpa dan merakam foto bersama vokalis kumpulan rock dari Britain itu.
Saya terkejut apabila ada yang percaya saya bertemu Martin. Kalau diperhatikan foto itu betul-betul, boleh nampak tengkuk dan badannya tidak selari.
Latar belakang Pekan Rabu juga tidak realistik. Sama juga dengan beg kertas yang berisi maruku pun tampak tipu. Tetapi, tidak sangka ada yang percaya.
Tambah pelakon filem ‘Rahsia’ itu, dia gemar menyunting foto dan video. Malah, Fikry tidak menyangka apabila minatnya itu mendatangkan sumber pendapatan buatnya.
Sebenarnya, saya buat suka-suka sebagai mengisi masa lapang. Tetapi, tidak sangka mendatangkan sumber pendapatan. Ada klien minta saya hasilkan video untuk kandungan mereka.
Terapi disebabkan saya ada kerja hakiki sebagai pelakon dan ahli perniagaan, jadi, saya hanya buat video parodi apabila ada kelapangan.
Tambah Fikry, dia selektif dalam menghasilkan video parodi dengan mengelak isu negatif.
Tidak semua topik saya buat parodi. Kalau isu sedang hangat tetapi ada unsur yang tidak bersesuaian dan mengaibkan, saya tidak buat.
Sumber: BH Online