Pelakon Puteri Aishah mendedahkan dia terpaksa melahirkan cahaya mata sulungnya, Muhamad Faliq secara pembedahan disebabkan apendiksnya pecah.
Artikel Berkaitan: Puteri Aishah & Suami Selamat Timang Anak Sulung
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Aishah Hamil Anak Pertama, Umum Ketika Bercuti Bersama Suami Di Korea
Apendiks pecah
Menerusi video temu bual di TikTok Nona, pemilik nama lengkap Puteri Aishah Sulaiman, 30, berkata, dia berdepan detik cemas itu pada Ramadan lalu sebelum mengambil keputusan untuk melahirkan secara pembedahan czer.
Ramai yang tak tahu sebenarnya saya terpaksa bersalin secara czer (pembedahan) sebab apendiks saya pecah.
Apendiks itu pecah di bawah, sewaktu bulan puasa kemudian alang-alang saya terus melahirkan.
Dalam pada itu, Puteri berkata, dia masih belum bersedia untuk menerima sebarang tawaran lakonan memandangkan usia anaknya masih kecil dan perlu dipantau rapi.
Buat masa ini saya masih tidak mahu terima sebarang tawaran berlakon, sebab baru empat bulan anak saya.
Saya masih mahu jaganya sehingga dia pandai berjalan. Lagi pun dia tak nak dengan orang lain.
Andai dia sudah besar sikit, dah pandai jalan dah kenal orang, saya akan kembali berlakon.
Berkongsi mengenai pemilihan nama, Puteri berkata, dia dan suami sepakat memilih nama Muhammad Faliq kerana membawa makna yang baik.
Nama Faliq Firdaus saya yang pilih, Faliq membawa maksud cahaya. Ada berbincang dengan suami fasal nama itu, kemudian dia buat carian dan akhirnya dia pun setuju.
Sekadar info, Puteri mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hati bernama Firdaus pada November 2021.
Terdahulu, pasangan itu mengumumkan berita kehamilan ketika bercuti di Korea Selatan pada tahun lalu.
Sumber: TikTok