berita

Saya Tetap Tidak Akan Berkawan Rapat – Julia Ziegler

February 26th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Julia Ziegler“Sekalipun dia sudah meminta maaf secara peribadi saya tetap tidak akan berkawan rapat dengannya semula kerana saya sudah serik dengan apa yang telah terjadi selama ini.”

Kenyataan ini keluar sendiri dari empunya badan, Julia Ziegler saat ditemubual oleh mStar Online. Isu yang berpunca dari kontroversi fitnah oleh Sharifah Sakinah sebelum ini membuatkan Julia serik dan mahu lebih berhati-hati untuk menjalani hidup sebagai seorang selebriti.

Menurut pelakon berusia 29 tahun ini, dia sememangnya sudah tahu tentang Sharifah yang mahu berbaik dengannya.

“Saya tahu dia ingin berbaik dan sudah bercakap dengan beberapa orang artis serta rakan dalam industri bahawa dia ingin meminta maaf dengan saya tapi kenapa tidak berjumpa saya terus.”

Para pembaca OHBULAN! boleh rujuk kembali kontroversi Julia Ziegler yang turut melibatkan beberapa orang lagi selebriti lain sekitar tahun 2011, dibawah.

1. “Kenapa Saya Perlu Minta Maaf Pada Julia?” – Didie Alias.
2. “Didie Alias Tak Hargai Saya” – Julia Ziegler.
3, “Saya Perlu Bersihkan Nama Saya” – Didie Alias.
4, “Sekarang Pun Saya Rasa Seperti Sudah Mati.” – Julia Ziegler
5.“Memang Dalam Dunia Ada Perempuan Yang Mulut Kecoh” – Respon Gambit Kepada Sharifah Sakinah.

P/S : Barang yang lepas jangan dikenang.

SKIP THIS AD ×