Bagi meleraikan salah faham yang timbul dalam kalangan netizen, pelakon Mimi Lana tampil menyelar kenyatan seorang pengguna TikTok yang mendakwa dia merupakan anak kandung kepada pengarah filem, Din Glamour yang kini terlantar sakit di sebuah hospital.
Artikel Berkaitan: Syafiq Kyle Bagi Mimi Lana ‘Mini Love’, Bukti Hubungan Masih Dalam Keadaan Baik?
Artikel Berkaitan: ‘Kata Tak Jadi Kahwin Sebab Sibuk Kerja’ – Netizen ‘Panas’ Tengok Mimi Lana Bawa Diri Ke Luar Negara
Artikel Berkaitan: Mimi Lana Muat Naik Video Kerja Bersama Syafiq Kyle, Netizen Komen ‘Record Sebelum Tak Jadi Kahwin Kot’
Tiada pertalian darah
Mimi atau nama sebenarnya, Mimi Roziana Zainal Abidin menafikan dakwaan dia adalah anak kepada pengarah dan pelakon tersebut.
Walaupun saya tiada pertalian darah dengan abang Din (Din Glamour), tetapi saya doakan Allah SWT permudahkan segala urusannya.
Semoga abang Din diberikan kekuatan, kesembuhan dan pulih seperti biasa. Mudah-mudahan, insya-Allah amin.
Menurut pengurus Mimi iaitu Iman Tang, pihaknya kesal dengan dakwaan tidak benar yang cuba disebarkan pihak tidak bertanggungjawab terhadap pelakon drama ‘Hati Yang Tersakiti’ itu.
Itu bukan bapa dia. Tak ada kena-mengena langsung dengan dia. Bapa orang itu (Mimi) lain. Takkan orang kata bapa dia Al Pacino kena percaya juga. Tak ada kena-mengena dengan dia pun. Siapa yang cakap itu, memang tak bijaklah. Takkanlah setiap nama orang yang disebutkan, kita senang saja nak percaya. Kenalah selidik betul-betul dulu.
Sumber: Mimi Lana