berita

‘Saya Tidak Sebangsat Seperti Anda Sangkakan’ – Zizan Razak Berang Diusik Soal Jodoh?

December 21st, 2020 | by Amat
Kini Trending

Semalam berlangsungnya Anugerah Meletop ERA 2020 (AME2020) dengan menyaksikan pelbagai kejutan semasa siaran langsung termasuk pelakon Kamal Adli melamar Uqasha Senrose yang masih jadi bualan netizen. Susulan itu, di media sosial juga menyaksikan rata-rata netizen ‘mengusik’ pelawak Zizan Razak mengenai jodohnya.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Kamal Adli Buat Kejutan, Lamar Uqasha Senrose Di AME2020, Semua Tergaman!

Zizan menerusi posting di Instagram bagaimanapun memberi respon terhadap ‘usikan’ netizen itu. Menurut Zizan, lamaran yang berlaku di atas pentas itu adalah diluar pengetahuannya dan reaksi spontan darinya itu adalah sebagai ‘content’ untuk menampakkan program lagi menarik.

‘Bukan plan saya’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869)

Pelawak itu menyifatkan segala yang terjadi di atas pentas berhubung lamaran Kamal Adli kepada Uqasha adalah tidak dirancang dan dia juga tidak mengetahui lamaran tersebut akan berlaku. Malah, reaksi wajahnya yang sempat dirakam kamera adalah reaksi spontan untuk menampakkan lagi program AME2020 menarik.

Bercakap mengenai jodoh atau bakal pasangan, Zizan serahkan segalanya kepada Allah untuk mengaturkan perjalanan hidupnya.

Biarlah orang bercakap

Sementara itu, kelihatan rakan artis juga mendoakan agar pelawak ini ditemukan jodoh dan bersabar dengan segala ‘usikan’ dari kata-kata orang. Pelawak Achey percayai kejadian lamaran tersebut juga didoakan oleh Zizan agar kebahagiaan Kamal dan Uqasha berkekalan.

Tidak hanya itu, penerbit terkenal iaitu Michael Ang menasihati agar Zizan tidak ambil peduli mengenai kata-kata tersebut. Selain mengucapkan tahniah kepada pelawak itu yang telah mengendalikan sebuah program anugerah dengan begitu baik.

Sumber: Zizan Razak

SKIP THIS AD ×