berita

Sayu Saat Ziarah Ibu Bapa Zulfarhan, Ebit Lew Hadiahkan Tiket Pakej Umrah Sempena Hari Lahir Arwah – ‘Syukur Mereka Gembira Menerimanya’

November 30th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew dilihat kembali aktif membantu orang ramai yang memerlukan bantuan sebaik sahaja pulang daripada mengejarkan umrah sejak seminggu yang lalu.

Artikel berkaitan: Dah Puas Melancong Ke Eropah Dengan Keluarga, Ebit Lew Bawa Isteri Tunai Umrah Pula – ‘Ini Perjalanan Cinta & Rindu’

Artikel berkaitan: Ebit Lew Tersentuh Lihat Kekuatan Elyana & Suami Harungi Ujian Kehidupan – ‘Rupanya Syukur Ubat Paling Mujarab’

Terbaru, Ustaz Ebit melawat ibu dan ayah kandung arwah Zulfarhan, penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Hari lahir Allahyarham

Sebak sayu rasa ziarah mak ayah Arwah Zulfarhan UPNM. Selepas Subuh tadi saya terus ke Skudai Johor. Hari ini hari lahir arwah. 29 November. Saya niat hadiahkan tiket dan pakej umrah buat mak ayahnya Disember ini. Syukur mereka gembira menerimanya. Segala puji bagi Allah. Menangis gembira terutama hari lahir arwah Farhan. Terasa macam anaknya sentiasa ada dekat.

Menurut Ustaz Ebit Lew, hari ini adalah hari bermakna buat pasangan Zulkarnain Idros dan Hawa Osman kerana pada tarikh yang sama mereka menyambut kelahiran anak sulung mereka iaitu Zulfarhan. Sempena ulang tahun kelahiran arwah, Ustaz Ebit memberikan hadiah bermakna berupa tiket dan pakej umrah buat kedua-dua orang tua arwah. Jelas Ustaz Ebit, arwah pernah bercita-cita untuk membawa ayah dan ibunya menunaikan umrah. Namun, siapa sangka ajalnya telah tiba terlebih dahulu.

Berat ujian mereka kehilangan anak tersayang. Arwah Zulfarhan rupanya sekolah menengah teknik Johor Bahru. Sekolah saya dulu. Maknanya junior saya dulu. Beliau anak yang baik. Anak sulung bercita-cita nak bawa keluarga pergi haji umrah. Kata maknya tempat duduk ustaz tu tempat arwah berehat selalu. Sepanjang berbual dalam senyuman kedua ibu bapanya asyik mengalir air mata.

Sempat ziarah kubur

Sempat ziarah sekolah tempat maknya bekerja berjumpa guru dan rakan pejabatnya. Ayahnya bekerja bawa teksi. Baik sangat kedua mak ayahnya. Lemah lembut orangnya. Mereka teringin sangat nak pergi haji atau umrah. Katanya syukur Allah jemput kami melalui ustaz. Semoga Allah mudahkan segala urusan keluarga ini. Sempat ziarah kubur arwah tadi. Berdoa bersama-sama. Ya Allah ampuni dan sayangilah keluarga Farhan ini. Berilah mereka kekuatan dan ketabahan melalui ujian hidup ini. Beri kesihatan yang baik buat keduanya dan adik-adik arwah Farhan.

Ujar Ustaz Ebit lagi, Zulkarnain dan Hawa teringin untuk menunaikan umrah dan haji sekiranya mereka ada rezeki. Kedua-dua mereka meluahkan rasa syukur sebaik sahaja mendengar berita baik yang disampaikan sendiri oleh Ustaz Ebit. Sebelum pulang, Ustaz Ebit sempat menziarah kubur arwah dan memberikan kata-kata semangat buat keluarga arwah.

Sumber: Ebit Lew

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×