Aktor Nadhir Nasar meluahkan rasa kurang senang terhadap seorang individu berikutan tindakannya didakwa telah memberi kesan kepada barisan pelakon baharu.
Artikel Berkaitan: ‘Awak Merepek Apa Ni Mat, Bila Masa Ada Isu Bul* Dari Pelakon Senior?’ – Ahmad Idham
Artikel Berkaitan: Nabila Huda Nasihat Pelakon Baharu Jangan Terlalu ‘Manja’, Kenyataan Buli Di Set Penggambaran Rosakkan Nama Industri
Luahan Nadhir
Sebab kau, pelakon senior ada stereotype terhadap pelakon baru. Great.
Senang cerita, kalau kau takde masalah, takde orang nak buat masalah dekat kau. Tak perlu semua benda nak cerita. Reflect diri tu balik.
— Hiragi (@NadhirNasar) November 18, 2024
Menerusi ciapan di laman X, Nadhir atau nama sebenarnya Ahmad Nadhir Ahmad Nasar berkata, disebabkan tindakan individu tersebut ia boleh mencetuskan prasangka pelakon senior terhadap pelakon baru.
Sebab kau, pelakon senior stereotaip terhadap pelakon baru. Great.
Senang cerita, kalau kau tak ada masalah, tak ada orang nak buat masalah dekat kau.
Tak perlu semua benda nak cerita. Reflect diri tu balik.
Hormati orang lama
Dalam pada itu, pelakon drama Projek: High Council tersebut sempat menitipkan nasihat tentang adab ketika berdepan dengan insan yang lebih berpengalaman.
Jalan depan orang lama, tunduk. Dimarahi orang lama, duduk.
Menegakkan benang yang basah itu buruk.
Walau bagaimanapun, aktor berusia 27 tahun itu tidak mendedahkan secara terperinci pada siapakah ciapkan tersebut ditujukan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet membuat andaian bahawa ciapan Nadhir tersebut berkemungkinan berkenaan tentang isu buli di set penggambaran.
Sumber: X Nadhir Nasar