berita

‘Sebagai Anak & Menantu, Kami Tetap Mendoakan Beliau’

October 4th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Terbaru, isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah tampil memberi keterangan berhubung dakwaan pengubahan wang haram syarikat subsidiari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Malah, isteri kepada bekas Perdana Menteri itu juga berdepan beberapa pertuduhan lain termasuk Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Artikel berkaitan: ‘Saya Boleh Terima Tindakan Pada Bekas PM, Tapi Membahayakan Isterinya Melampau…’ – Anak Najib

Menantu kepada Datin Seri Rosmah, Dato Fazley Yaakob memberi respon terhadap isu penahanan ibu mertuanya itu. Isteri kepada chef selebriti ini juga bersetuju dengan pendapat suaminya.

Tetap mendoakan beliau

Dato Fazley memuatnaik status ini di laman Instagram sebaik saja mengetahui berita berhubung ibu mertuanya itu. Dia masih tetap dengan pendiriannya dimana ‘Yang salah tetap salah, yang benar tetap benar’. Malah, dia hanya membiarkan pihak mahkamah memutuskan segala keputusan buat Datin Seri Rosmah. Dato Fazley dan isteri, Datin Azrene Ahmad akan tetap berdoa dipermudahkan segalanya.

Apa yang salah, akan tetap salah

Anak kepada Datin Seri Rosmah, Azrene Ahmad juga bersetuju dengan pendapat suaminya itu. Dia juga meluahkan pendapat ringkasnya menerusi tanda pagar #its what you prayed for but it still hurts all the same dan #cannot question the work of Allah AWT

Dia masih ibu…

Buang semua ego dan bersama dia

Sumber: Dato Fazley, Azrene Ahmad

SKIP THIS AD ×