Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai kisah pasangan pengantin baharu yang bunting pelamin selepas sebulan mendirikan rumah tangga. Lebih mencuri perhatian ramai apabila usia kandungan tersebut sudah pun mencecah 5 minggu.
Artikel Berkaitan: Netizen Komen Cepatnya Hamil Baru Kahwin, Ini Respon Nad Zainal
Artikel Berkaitan: Ungku Ismail Luah Rasa Syukur, Nad Zainal Selamat Bersalin Anak Lelaki – ‘Welcome My Son’
Susulan daripada kisah tersebut, pelakon iaitu Ungku Ismail terpanggil untuk berkongsi pengalamannya bersama isteri, Nad Zainal yang dikatakan melalui situasi yang sama seperti pasangan pengantin baharu terbabit.
‘Kami pun tak tunggu bulan madu’
Menerusi perkongsian di IG Story, Ungku Ismail atau nama sebenarnya Yang Mulia Ungku Ismail bin Ungku Abdul Aziz berkata, dia dan Nad hanya menyedari kehadiran ‘malaikat kecil’ yang akan memberi sinar dalam hidup mereka adalah pada awal Februari 2023.
Kami pun tak tunggu bulan madu. Teringat masa pertama kali test kehamilan Nad pada awal bulan Februari. Lusanya pergi buat pemeriksaan sebab garisan makin tebal. Pemeriksaan pertama tak ada apa cuma rahim mengembang. Pemeriksaan kedua, dah nampak ada bulat hitam.
Ungku akui terkejut apabila mengetahui usia kandungan Nad Zainal atau nama lengkapnya Farah Nadia Zainal Abidin sudah pun mencecah 6 minggu pada ketika itu sedangkan mereka baru mendirikan rumah tangga pada Januari 2023.
Doktor kata tahniah, dah 6 minggu. Terkejut aku, 6 minggu apanya. Nikah baru sebulan lepas. ‘Ya, kita kira ikut kitaran haid yang terakhir’. Makanya bukan tarikh nikah. Rezeki Allah SWT bagi. Tak sangka sebab Nad masa tu masih dalam kemoterapi dan heavy steroid medication.
Dalam kesempatan itu, Ungku sempat mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin baharu tersebut selain mendoakan segala urusan dipermudahkan.
Doa saya juga kepada yang struggle menanti, yang terbaik datang kepada mereka yang banyak bersabar. Teruskan beramal dan berdoa. Allah Sesungguhnya Maha Pemurah.
Sumber: Ungku Ismail