berita

‘Seharian Berdiri Di Tingkap Tunggu Isteri Bertarung Nyawa’ – Baru 10 Bulan Kahwin, Wanita Hamil Meninggal Dunia

August 2nd, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Rezeki, jodoh, ajal dan maut sesungguhnya sudah ditentukan Allah SWT. Namun, sebagai manusia kita hanya mampu merancang tetapi sebaik-baik perancangan adalah dari sang pencipta. Diuji dengan kehilangan orang tersayang adalah satu perkara yang sangat memeritkan.

Itulah yang dilalui oleh wanita ini dan keluarga apabila terpaksa menerima hakikat bahawa adik kesayangan, Azrina Natasya Binti Zahidin telah pergi buat selama-lamanya.

‘Sungguh aku tak kuat’

Berita sedih itu dikongsikan oleh Lynn menerusi beberapa video yang dimuat naik di akaun TikTok. Menurut Lynn, arwah adik perempuannya yang sedang hamil 2 bulan itu itu sudah tidak sedarkan diri sejak 31 Julai yang lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Berikutan dengan keadaan kesihatannya itu, arwah telah dimasukkan ke wad dan terpaksa menggunakan tiub pernafasan.

Difahamkan, arwah telah mendirikan rumah tangga sejak 10 bulan yang lalu dan kini sedang hamilkan anak pertama mereka. Namun Allah SWT lebih menyayanginya dan arwah telah pergi buat selama-lamanya ketika diusia 20 tahun. Lynn menyifatkan arwah adiknya sebagai seorang adik dan isteri yang sangat baik selain banyak membantu orang lain.

Masih lagi terasa hang ada dengan kami semua. Memang masih rasa macam mimpi semua ini. Semua cerita hang akan kongsi dengan aku. Minta makan macam-macam aku tunaikan tapi permintaan last hang nak makan roti sardin tak kesampaian. Hang dah janji nak kongsi baby hang dengan aku. Allahu, sungguh aku tak kuat.

Al-fatihah

@lynn_5905doakan adik sy kembali pulih?##fyp? ##biarnakaltapiberakal???? ##jarangxpadu ##penangmariiiiiii? Allah Allah Aghisna – Veve Zulfikar

@lynn_5905Al-fatihah bt adik ku AZRINA NATASYA BT ZAHIDIN..2001-2021????##fyp? ##biarnakaltapiberakal???? ##jarangxpadu ##penangmariiiiiii? original sound – StoryCinta? – ???????????

Allahyarham hamil 2 bulan

@lynn_5905syurga tempat mu syg???##fyp? ##biarnakaltapiberakal???? ##jarangxpadu ##penangmariiiiiii? original sound – Fara Elfda

@lynn_5905tlg doakan suami arwah adik sy kuat tempuh dugaan dan ujian allah?##fyp? ##biarnakaltapiberakal???? ##jarangxpadu ##penangmariiiiiii? original sound – Ajoi Zainal

Sumber: Lynn_5905

SKIP THIS AD ×