berita

Selain Minta Wang Tebusan RM10 Ribu, Rakyat Malaysia Ini Juga Ditumbuk & Dipukul Hingga Trauma

December 24th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Lima rakyat Malaysia berusia 15 hingga 64 tahun ditahan di hutan Wong Rangkai kira-kira 400 meter dari sempadan Sarawak-Kalimantan Barat. Mereka dipercayai menceroboh dan menjalankan kegiatan pembalakan secara haram di wilayah Indonesia sebelum didatangi Tentera Nasional Indonesia (TNI).

Artikel berkaitan: Rakyat Malaysia Diculik, Diacu Senjata Tentera Indonesia, Ini Respon Mat Sabu

Menurut laporan myMetro, lima individu ini diculik sebelum didera anggota tentera negara jiran. Mereka masuk ke hutan berkenaan bertujuan mencari kayu bagi menyiapkan rumah panjang baharu.

Tidak menjadi masalah sekiranya…

Sudah menjadi rutin mereka ke hutan berkenaan untuk mencari kayu dan hasil hutan di lokasi Wong Rangkai yang masih terletak dalam kawasan Malaysia dan berstatus Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR). Kawasan hutan itu juga turut menjalankan aktiviti penanaman padi huma yang menjadi sumber ekonomi penduduk setempat.

Malah, difahamkan kerja pembinaan rumah panjang tersebut atas kerjasama penduduk kampung sejak awal tahun ini.

Penduduk rumah panjang bekerjasama membina rumah baru menggunakan kayu ditebang dari hutan berhampiran kampung.

Kawasan hutan berkenaan tempat mereka memotong kayu berstatus NCR dan tidak menjadi masalah sekiranya mereka mahu menggunakan hasil hutan membina rumah panjang selain ia antara sumber pendapatan penduduk kampung.

Memotong kayu masih di dalam negara

Menurut salah seorang dari mangsa, mereka tidak memasuki hutan negara jiran, sebaliknya dua anggota tentera itu didapati menceroboh terlebih dahulu. Ini kerana hutan tersebut terletak hanya 400 meter dari garis sempadan Sarawak-Kalimantan Barat.

Ini bermakna tentera TNI yang melakukan kesalahan kerana menceroboh masuk ke kawasan Malaysia sedangkan lokasi mangsa memotong kayu masih di dalam kawasan negara.

Ditumbuk, dipukul

Tambahnya lagi, dua daripada lima mangsa dilepaskan pada hari yang sama kerana anggota TNI  tersebut membenarkan mereka pulang semula ke rumah panjang bagi mendapatkan wang tebusan sebanyak RM10,000 dan dua mesin gergaji.

Namun tiga ditahan dan didera dengan keadaan mata tertutup, termasuk ditumbuk dan dipukul menggunakan rotan.

Satu kata sepakat dicapai apabila tiga mangsa dibebaskan bersama sebuah pacuan empat roda yang turut dirampas, selain pihak tentera negara jiran memberi jaminan untuk mengambil tindakan tegas terhadap anggotanya yang terbabit dalam kejadian itu.

Tiga daripada lima mangsa mengalami kecederaan teruk di seluruh badan. Mereka turut trauma apabila diacukan senjata api sepanjang ditahan semata-mata bagi memaksa mereka membuat pengakuan menceroboh dan pembalakan secara haram di wilayah Indonesia.

Sumber itu menjelaskan, kejadian dimaklumkan kepada pihak berkuasa negara sebelum satu pertemuan diadakan antara kedua-dua pihak untuk membebaskan tiga lagi mangsa diculik.

Sumber: myMetro

SKIP THIS AD ×