Belakangan ini, isu golongan selebriti yang gemar memakai pakaian mencolok mata menjadi perhatian masyarakat terutamanya di media sosial. Berikutan daripada itu, program ‘Sembang Viral’ yang dihoskan oleh Datuk Rosyam Nor di TV9 telah membincangkan isu tersebut.
Memilih topik ‘Hamba Fesyen’, program tersebut telah mengundang Ustaz Jafri Abu Bakar dan pelakon, Nadiya Nisaa sebagai tetamu jemputan.
Artikel berkaitan: Kupas Isu Viral Di Media Sosial, Musim Baharu ‘Sembang Viral’ Bermula 1 Ogos Ini
Artikel berkaitan: Muat Naik Foto Pakai ‘Crop Tops’ Di IG, Imej Seksi Puteri Balqis Curi Tumpuan
Tetap dengan pendirian
Dalam episod keenam semalam, Rosyam Nor bertanya kepada Nadiya Nisaa adakah penampilan dan fesyen sangat penting bagi seseorang selebriti. Menurut Nadiya, penampilan sangat penting kerana melalui penampilan masyarakat dapat mengenali peribadi artis kesayangan mereka.
Kalau kita pakai warna soft, mesti orang akan kata dia ni jenis lembut. Kalau jenis warna vibrant mungkin orang kata fun. Ketika saya buat keputusan untuk berhijab, saya tak terfikir pun pasal job. Perkara tersebut datang selepas itu. Saya masuk set penggambaran orang tak pernah tanya pun. Rata-ratanya ada ilmu tentang aurat.
Tambah Nadiya, dia seorang yang tetap dengan pendirian. Setiap busana yang dipakai, dia akan berbincang terlebih dahulu dengan ‘stylish‘. Ada kalanya, Nadiya akan meminta pandangan daripada kakaknya sendiri. Jelas Nadiya lagi, kakaknya dan ‘stylish’ lebih berpengalaman dan tahu apa yang sesuai buat dirinya.
Disoal bagaimana sekiranya selebriti tersebut terikat dengan penaja dan masih berpakaian seksi, Nadiya berkata dia akan melihat status selebriti berkenaan terlebih dahulu.
Kalau artis tu single, tanggungjawab tu terletak pada keluarganya. Kalau dah berkahwin, tanggungjawab itu terletak pada suaminya. Jadi siapalah saya ini, tambah orang tu jauh daripada kalangan kawan saya.
Video
Menurut Ustaz Jafri, setiap orang perlu memainkan peranan dan memberi nasihat agar individu tersebut memakai pakaian yang mengikut landasan agama.
Islam ada tiga syarat. Dia tanggung dosa dia sendiri. Suami tanggung dosa sebab tak menasihati sama juga dengan ayah. Kalau dah nasihat, ayah dan suami dah terlepas.
Tambah Ustaz Jafri, setiap manusia mempunyai pilihan sama ada mahu melakukan perkara baik ataupun buruk dalam kehidupan. Hal tersebut sama juga dengan pemilihan pemakaian.
Dalam berpakaian, kita jangan pakai pakaian yang menyerupai jantinan berlainan. Jangan pakai pakaian yang ada lambang keagamaan orang lain. Jangan terlalu berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian orang lain. Terakhir, jangan pakai pakaian yang boleh menimbulkan fitnah.
Sumber: TV9