Pasangan selebriti Indonesia iaitu Irwan Syah dan Zaskia Sungkar selamat menimang cahaya mata pertama mereka yang diberi mana Ukkasya Muhammad Syahki. Setelah lebih kurang 10 tahun melayari bahtera perkahwinan, pasangan ini akhirnya dikurniakan seorang bayi comel dengan berat 3.4 kilogram.
Artikel berkaitan: ‘Alhamdulillah, Aku Hamil’ – Setelah 10 Tahun Layari Bahtera Perkahwinan, Isteri Irwansyah Hamil
Artikel berkaitan: Penantian 10 Tahun Berakhir, Isteri Irwansyah Selamat Bersalin Baby Boy. Ukkasya Muhammad Syahki Nama Pilihan!
Terbaru, isteri kepada Irwan Syah iaitu Zaskia Sungkar akhirnya mendedahkan wajah anak sulung lelaki mereka itu di laman Instagram. Comelnya!
Doakan Ukkasya sihat ye
Difahamkan Zaskia Sungkar telah menjalani kaedah pembedahan untuk menyambut anak sulung mereka itu. Sebagai ibu, dia turut mendoakan agar anaknya menjadi seorang anak yang soleh dan dapat berbakti kepada kedua ibu bapa kelak. Tambahnya, Zaskia turut memohon doa dari pengikutnya untuk mendoakan anak lelakinya itu diberi kesejahteraan kesihatan.
MasyaaAllah Tabarakallah. Doain Ukkasya sehat terus ya om tante online ku.
Terima kasih Allah…
View this post on Instagram
Sementara itu, di laman Instagram pelakon Irwan Syah pula berkongsi sebuah keratan video yang diambil dari content YouTube keluarga Sungkar’s. Pelakon Heart ini meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Pencipta kerana diberi rezeki yang tidak pernah disangkanya. Malah, dia turut mendoakan agar putera sulungnya itu membesar dalam keadaan yang sihat.
Sumber: Zaskia Sungkar, Irwan Syah