berita

Selamat Jalan Prof Emeritus Dr Khoo Kay Kim

May 28th, 2019 | by faris
Kini Trending

Sejarawan dan ahli akademik Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim dilaporkan meninggal dunia setelah menderita masalah paru-paru. Mendiang menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di kira-kira pukul 10.45 pagi tadi.

Berita sedih itu disahkan anaknya, Eddin Khoo ketika dihubungi kepada Astro Awani.

Penghormatan terakhir akan diadakan

Menurut Eddin, bapanya yang berusia 82 tahun itu meninggal kerana masalah paru-paru dan pihak keluarga mereka akan memberi kenyataan berkenaan urusan pengebumian dan penghormatan terakhir yang akan diadakan.

Benar, beliau meninggal dunia sekitar 30 minit yang lalu selepas mengalami masalah paru-paru. Keluarga saya akan mengeluarkan satu kenyataan berhubung pengebumian dan acara penghormatan terakhir buat ayah saya dalam masa terdekat ini.

Dalam pada itu, seorang lagi anak mendiang, Rubin Khoo berkata bapanya itu pernah membuat pembedahan pintasan pada Oktober 2018 lalu namun keadaan kesihatannya merosot selepas menjalani rawatan terbabit.

Berperanan penting dalam Rukun Negara

Mendiang sudah berkhidmat selama lebih 50 tahun di jabatan sejarah Universiti Malaya setelah bertugas sebagai pensyarah pada 1967, bergelar profesor dan kemudiannya menjadi pengerusi Sejarah Malaysia pada 1974.

Beliau juga turut diingati sebagai berperanan penting dalam merangka Rukun Negara untuk memupuk perpaduan setelah peristiwa berdarah perkauman pada 1969.

Tulisannya dalam pelbagai buku berbahasa Melayu dan Inggeris telah menjadi sumber rujukan utama dalam kurikulum sejarah di Malaysia.

Sumber: Malaysiakini, The Star

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×