berita

Selebriti Tempatan Luah Rasa Simpati Terhadap Mangsa Banjir

December 26th, 2014 | by Wan
Kini Trending

guna

Jumlah mangsa banjir di empat negeri  terutamanya di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak terus meningkat dengan jumlah keseluruhan hampir mencecah 100,000 orang setakat ini. Penduduk di Perlis dan Kedah pula diminta supaya berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan banjir.

Banjir teruk yang melanda beberapa buah negeri ini mengundang resah orang ramai yang simpati dengan nasib menimpa mangsa banjir. Hal ini turut mendapat perhatian beberapa orang artis tanah air melalui foto yang dimuatnaik di laman Instagram mereka.

Doa Fazura Daripada Thailand

Our prayers for the flood victims in Malaysia, Indonesia, southern Thailand and other parts of the world. ????

A photo posted by Nur Fazura (@missfazura) on

Juri Maharaja Lawak Mega 2014, Nur Fazura yang kini berada di Thailand turut berkesempatan untuk meluahkan rasa simpati dan mendoakan mangsa banjir. 

Lisa Surihani Seru Bantuan

Lisa Surihani melalui laman Instagramnya menyeru orang ramai untuk turut sama memberikan bantuan terhadap mangsa banjir terutamanya mereka yang berada di Pantai Timur semenanjung.

Jep Sepahtu

Walaupun sibuk dengan persiapan Maharaja Lawak 2014 malam ini, Jep Sepahtu sempat mengingatkan peminatnya untuk sama-sama doakan agar banjir pulih.

Aznil Haji Nawawi

Daulat Tuanku! #prayforpantaitimor A photo posted by YG PROMOTE IG AKAN DIBLOCK!!! (@aznilnawawihm) on

3 perkara yang dititahkan oleh Sultan Perak ini mendapat perhatian Pak Nil yang turut setuju segala bentuk hiburan dihentikan buat seketika dan salurkan bantuan kepada mangsa banjir.

Rumah Nenek Neelofa Hampir Tenggelam

Menurut Neelofa, rumah neneknya yang terletak di Pasir Mas Kelantan juga turut dilanda banjir. #PrayForPantaiTimur

Siti Nurhaliza

Datuk Siti Nurhaliza memberi pesanan kepada peminatnya untuk sentiasa menjaga keselamatan diri dan doakan agar semuanya kembali pulih seperti sedia kala.

Mizz Nina

Walaupun sedang menunaikan umrah di Mekah, isteri kepada Noh Hujan ini turut meminta orang ramai turut serta memberikan bantuan kepada mangsa yang terlibat.

Shuib Sepahtu

Gambar stadium Kota Bharu menjadi perhatian Shuib Sepahtu yang mengharapkan agar mangsa banjir tabah menghadapi ujian Allah.

Yus Jambu

doakn mereka dan bantu lah mereka

A photo posted by Yus_Edo76 (P.J.K PERLIS) (@yus_jambu76) on

Doakan mereka!

Fizo Omar

Pelakon yang sememangnya berasal daripada Kelantan ini juga tidak terkecuali meminta orang ramai untuk turut sama-sama menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa banjir.

Konsert Tahun Baru Dibatalkan

Ekoran banjir besar yang melanda di beberapa buah negeri ini, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan mengambil keputusan untuk mebatalkan konsert tahun baru anjuran Ambank di Putrajaya bagi menghormati mangsa banjir.

batal

Pembatalan konsert sambutan tahun baru terbabit mendapat pujian orang ramai yang mengharapkan kerajaan menyalurkan dana untuk konsert itu kepada mangsa banjir.

Kami di OHBULAN! menyeru orang ramai untuk turut serta menghulurkan sumbangan dan sama-sama berdoa agar bencana banjir yang melanda ini pulih dengan segera.

caltex

SKIP THIS AD ×