berita

Selepas Angel, Seorang Lagi Remaja 16 Tahun Maut Terkena 2 Das Tembakan Di Myanmar

March 18th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Masihkah anda ingat dengan kematian seorang remaja berusia 19 tahun dalam satu rusuhan di Myanmar? Remaja tersebut maut di jalan Mandalay selepas di tembak di kepala oleh pasukan tentera ketika menyertai rusuhan mendesak pentadbiran melepaskan pemimpin Aung San Suu Kyi yang ditahan.

Artikel berkaitan: Ditembak Di Kepala, Kematian Aktivis 19 Tahun Ini Cetus Kebangkitan Rakyat Myanmar

Terbaru, memetik laporan The Irrawaddy, seorang lagi remaja berusia 16 tahun pula maut ketika berada di rumah apabila terkena dua das tembakan yang dilepaskan pasukan tentera negara itu.

Remaja terkena tembakan

Mangsa merupakan remaja perempuan berusia 16 tahun itu dikenali sebagai Ma Thida Aye meninggal dunia di Hospital Singu selepas terkena dua das tembakan. Difahamkan, ketika itu mangsa berada di dalam rumahnya di Chaunggyi di pinggir bandar Mandalay.

Mangsa didakwa terkena tembakan tepat ke dirinya dari arah sebuah bukit yang terletak kira-kira 300 meter dari rumah mereka. Manakala, seorang lagi rakan mangsa cedera di bahagian jari dan segera dikejarkan ke Hospital Shwebo untuk rawatan.

Menafikan guna kekerasan

Google

Menurut laporan, perkampungan Chaunggyi terletak di antara Singu dan Thabeikkyin yang menjadi lokasi perhimpunan penunjuk perasaan anti rampasan kuasa yang menuntut pembebasan pemimpin Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) iaitu Aung San Suu Kyi. Pada Isnin lalu, pasukan keselamatan negara itu terpaksa melepaskan satu das tembakan di kawasan tersebut untuk meleraikan tunjuk perasaan sehingga menyebabkan seorang wanita tercedera.

Perkembangan terkini, seramai 10 individu termasuk dua anggota polis dijatuhi hukuman penjara kerana dipercayai terbabit dengan gerakan penentangan awam (CDM) terhadap junta. Sementara itu, dua diantara mereka dijatuhi hukuman selama setahun kerana dipercayai melakukan unsur berbentuk penghasutan di laman Facebook.

Susulan terdapat beberapa kes kematian berlaku, pihak junta bagaimanapun menafikan menggunakan kekerasan melampau dan peluru hidup dalam menyuraikan demonstrasi.

Sumber: The Irrawaddy

SKIP THIS AD ×