Tidak berpuas hati dengan rampasan kuasa oleh tentera, ribuan rakyat Myanmar kini turun padang mendesak pentadbiran sementara itu melepaskan pemimpin, Aung San Suu Kyi yang ditahan pada Februari lalu.
Artikel berkaitan: Suu Kyi Ditahan Semasa Rampasan Kuasa Tentera, Doktor Myanmar Protes Enggan Kerja
Artikel berkaitan: Rampasan Kuasa Oleh Tentera Syu Kyi Ditahan, Ini Konflik ‘Sebenar’ Yang Sedang Berlaku Di Myanmar
Dalam beberapa siri rusuhan berkenaan, dipercayai seramai lebih 50 orang maut kerana ditembak pasukan tentera negara itu. Ini juga termasuk seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang terkena tembakan di kepalanya. Kematian remaja yang dikenali sebagai Kyal Sin atau Angel ini telah mendapat perhatian ramai. Siapakah sebenarnya beliau?
Penari dan ahli taekwondo
Memetik laporan Reuters, remaja berkenaan merupakan seorang ahli taekwondo dan penari di Myanmar yang telah menyertai rusuhan anti rampasan kuasa (anti-coup protesters). Angel dipercayai maut dalam rusuhan di jalan Mandalay tersebut pada 3 Mac lalu apabila terkena satu das tembakan di kepalanya.
Susulan daripada berita kematian aktivis remaja itu, rata-rata rakyat Myanmar berasa marah dan meratapi kematiannya. Mereka telah berhimpun dan mengiringi jenazah ke makan pengebumian sambil menunjukkan tiga jari sebagai tanda penghormatan.
Sebelum gadis ini maut, dia kelihatan merangkak bersama penunjuk perasaan yang lain dan memakai T-shirt berwarna hitam dengan tulisan ‘Everything Will Be OK’, (segalanya akan baik).
‘Everything Will Be OK’
Sumber foto: Vice.com
Menurut sumber Vice.com, rata-rata rakyat di sana menyifatkan Angel sebagai seorang pahlawan dan mereka memuji keberaniannya dalam memperjuangkan hak walaupun dalam usia yang muda. Sudah tentu diselubungi dengan perasaan sedih dan solidariti dari ribuan rakyat sebagai tanda penghormatan terakhir buat mendiang.
Rakyat turut mengikuti perarakan jenazah sambil melambai bunga dan mengangkat simbol tiga jari yang dilihat menjadi syarat ikonik gerakan pro-demokrasi pan-Asia yang baru.
Bebaskan pemimpin mereka
Sumber foto: Vice.com
Sejak 1 Februari lalu, pihak tentera Myanmar telah bertindak mengambil tindakan keras terhadap penunjuk perasaan yang berkumpul di beberapa buah kota termasuk di jalan Mandalay. Penunjuk perasaan mula berkumpul dan bersikap agresif susulan pemimpin mereka iaitu Aung San Suu Kyi ditangkap pihak tentera. Rusuhan dibuat mereka adalah untuk memperjuangkan hak dan membebaskan pemimpin negara itu daripada ditahan.
Pihak tentera dipercayai telah melepaskan gas pemedih mata selain menggunakan senapang dan memukul penunjuk perasaan di negara itu. Di media sosial turut memaparkan video dan foto beberapa orang pihak berkuasa bertindak ganas dengan memukul penunjuk perasaan yang sedang meniarap di atas jalan di lokasi kejadian. Dipercayai lebih 50 rakyat yang maut dalam rusuhan berkenaan.
Sumber: Reuters, Channel News Asia, Vice.com