berita

Selepas Bertarung Kanser Hati, Pelakon Veteran Abu Bakar Juah Meninggal Dunia

August 15th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Terdahulu pelakon veteran iaitu Abu Bakar Juah yang berusia 72 tahun itu dikhabarkan berada dalam keadaan tenat. Dia dibenarkan keluar dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) sejak dua minggu lalu.

Artikel berkaitan: ‘Hormat Permintaan Ayah’ – 12 Kali Jalani Rawatan Kimoterapi, Pelakon Veteran Abu Bakar Kini Tenat

Terbaru, difahamkan pelakon itu menghidap kanser hati sebelum menghembuskan nafas terakhir pada hari ini, jam 6.35 petang.

Menghembuskan nafas terakhir

Menerusi laporan BH Online, Abu Bakar Juah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Alam Damai Cheras pada sekitar jam 6.35 petang tadi. Khabar sedih itu disahkan oleh anaknya iaitu Zarith Abu Bakar.

Kami sekeluarga reda dengan pemergian arwah, Allah SWT lebih menyayanginya. Ibu, adik beradik dan menantu berada di sisi arwah ketika menghembuskan nafas terakhir. Hanya menantu yang bertugas di Kemboja sahaja tiada. Arwah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Alam Damai, jam 10 pagi, esok.

Merebak semula hingga ke hati

Difahamkan arwah menderita penyakit kanser hati sejak 2016 lagi. Sebelum ini dia telah menjalani 12 pusingan kimoterapi sebelum doktor mengesahkan dirinya bebas dari cengkaman kanser.

Arwah mengamalkan cara hidup sihat dengan mengambil pemakanan berkhasiat dan bersenam selepas disahkan bebas kanser. Namun, pada awal tahun ini doktor mengesahkan penyakitnya itu menyerangnya semula dan mula merebak hingga ke hati.

Semoga tenang di sana

https://www.instagram.com/p/CD6K_28F_Ha/

Pelakon Didie Alias juga memuat naik foto dan mengucapkan salam takziah buat arwah Abu Bakar. Didie meluahkan rasa rindu kepada pelakon tersebut dan mendoakan kesejahteraan ke atas Allahyarham Abu Bakar Juah, seorang seniman negara.

Sumber: BH Online, Didie Alias

SKIP THIS AD ×