berita

Selepas Dikecam Teruk, Bekas Miss Universe Malaysia Mohon Maaf, Mengaku Salah Tulis

June 3rd, 2020 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Bekas Miss Universe Malaysia, Samantha Katie James mendapat kecaman hebat selepas dia memuat naik pandangan peribadi mengenai insiden rusuhan di Amerika Syarikat. Orang ramai berpendapat pandangan Samantha itu keterlaluan dan bersifat perkauman.

Dia walaubagaimanapun telah tampil memohon maaf dan memberi penjelasan lanjut. 

Saya mohon maaf

Menulis di Instagram, dia memohon maaf kerana telah mengguris hati orang ramai. Dia sedar bahawa ianya tidak adil dan dia sama sekali tidak berada di dalam situasi tersebut.

Berkenaan komen ‘black people chose to be black’, dia menjelaskan bahawa sepanjang hidupnya dia menyedari manusia adalah lebih daripada hanya sekujur jasad, hanyalah makhluk kecil di alam semesta ini. Dalam perkembangan sebagai seorang manusia di bumi, kita memilih badan, keluarga, tempat lahir, nama dan pengajaran berguna daripada perjalanan yang diberikan.

Saya gagal menyampaikan mesej dengan baik

Dia menyedari bahawa dia sepatutnya menulis dengan cara yang lebih baik. Dan dia akan bertanggungjawab dengan kenyataan yang dikeluarkannya itu. Dia akan memastikan apa yang ingin disampaikan adalah dengan cara yang betul.

Untuk menjernihkan keadaan, dia juga mengakui bahawa dia gagal untuk menyampaikan sesuatu dengan baik kerana menulis ‘black people chose to be black’ dan ‘to the black people, relax, take it as a challenge, it makes you stronger’. Sekiranya dia lebih prihatin, orang ramai mesti dapat menerima mesej sebenar yang ingin disampaikannya.

Dia juga mengakui bahawa dia adalah kacukan Cina Malaysia dan bapanya adalah orang Brazil. Ibu bapa angkat yang membesarkannya pula berbangsa India Malaysia.

Sumber : samanthakayty

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×