berita

Selepas Pilihan Raya Negeri, Kami Terima Hampir 100 Sampel

October 18th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Kes Covid-19 di Malaysia akhir-akhir ini, menunjukkan peningkatan yang agak ketara terutamanya di negeri Sabah setelah berakhirnya Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri tersebut.

Seorang gadis yang dikenali sebagai Asriah berkongsi di Twitternya, mengenai prosedur yang dilakukan oleh petugas-petugas makmal bagi memeriksa sampel yang telah diambil menerusi ujian swab. Tambahan pula, ujian swab ini sangat penting dalam menentukan sama ada individu tersebut positif atau negatif Covid-19.

Almost 100 samples

Foto: Asriah

Menurut Asriah, selepas PRN Sabah dijalankan pihak makmal menerima hampir 100 sampel yang perlu diperiksa. Malahan, terdapat satu hari pihaknya menerima hampir 110 sampel untuk diperiksa. Namun, sesetengah individu menganggap pihak makmal dapat membuat pemeriksaan sampel tersebut dengan mudah dan cepat.

Proses ujian

Foto: Asriah

Asriah merupakan seorang Medical Laboratory Technician (MLT) berkongsi akan setiap prosedur yang perlu diikuti oleh setiap petugas yang berkhidmat dalam makmal tersebut. Prosesnya agak rumit dan mereka ini perlu menahan diri berjam-jam memakai suit Personal Protective Equipment (PPE).

Setiap sampel yang diterima akan melalui beberapa proses penting terlebih dahulu, bagi mengelakkan berlakunya pertukaran sampel dan sebagainya. Tidak disangkal, barisan hadapan ini sudah penat dari segi fizikal dan mental setelah melalui beberapa fasa Covid-19.

Exhausting!

Asriah turut menjelaskan proses untuk mendapatkan keputusan ujian swab bukan satu proses yang senang dan ianya perlu diikuti dengan setiap prosedur yang telah ditetapkan. Dia turut menjelaskan proses tersebut dilakukan secara manual tanpa sebarang mesin bagi mendapatkan keputusan ujian swab.

Selain itu, Asriah turut meminta orang ramai untuk terus patuh akan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dalam memutuskan rantaian Covid-19.

Sumber: Asriah

SKIP THIS AD ×