berita

‘Selepas Saya Ada Duit & Berjaya, Baru Mereka Muncul’ – Pavithra Akhirnya Buka Mulut

July 31st, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Kecoh sebelum ini apabila suami kepada pasangan Youtuber masakan terkenal, Sugu telah dithan polis atas tuduhan mencederakan isterinya Pavinthra. Walau bagaimanapun, dia telah dibebaskan polis selepas diikat jamin dan isterinya turut menarik balik laporan polis terhadap suaminya itu.

Artikel berkaitan: Pavithra Kelihatan Tenang, Tarik Balik Laporan Polis Terhadap Suami

Terkini, menerusi Youtube rasmi pasangan ini, Pavithra menerangkan beberapa isu yang timbul sehingga kejadian sedemikian berlaku. Menurutnya, masalah keluarga yang sebelum ini tidak pernah membantunya selama 7 tahun mula menunjuk belang dengan sering meminjam duit daripadanya.

Keluarga sering pinjam duit

Selepas saya ada duit dan berjaya macam sekarang ini diorang muncul-muncul dan mula pinjam duit dengan suami saya, buat masalah dalam keluarga.

Sebab tu Sugu pergi ke hospital hari itu. Memang Sugu ada minum haritu tapi Sugu bukan pemabuk.

Tambahnya lagi, dia turut menegaskan bahawa suaminya bukan pemabuk seperti yang didakwa sesetengah pihak. Dia turut berasa hairan dengan sikap segelintir media yang mengeluarkan berita tanpa kenyataan rasmi mereka. Media turut dikatakan menggangu kehidupan peribadi mereka sejak 3 bulan ini.

Media merumitkan keadaan

Media merumit keadaan dengan menyebarkan berita palsu mengenai saya dan Sugu selepas kejadian haritu.

Kami pun faham kesalahan ini adalah dari saya dan Sugu. Kami sedar hal itu. Kami harap selepas ini kami akan membuat video seperti biasa. Kami juga mint maaf semua video sudah dipadam dan kami akan memuat naik kembali secepat mungkin.

Selain itu, dia mengaku bahawa segala kesilapan yang terjadi ini berpunca daripada mereka berdua. Dia memohon maaf kepada para peminatnya dan berharap mampu membuat video kembali seperti dahulu. Berkenaan video yang telah dipadam, dia akan berusaha memuat naik kembali secepat yang mungkin.

Sumber: Sugu Pavithra

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×