Foto: MalaysiaGazette
Seorang suami tergamak membakar isterinya sendiri hanya kerana berlaku perselisihan faham membabitkan keluarga.
Artikel Berkaitan: Empat Sekeluarga Termasuk Bayi 6 Bulan Maut Dikelar, Mayat Dibakar
Dibakar guna petrol
Foto: Kosmo
Memetik laporan MalaysiaGazette, mangsa yang berusia 35 tahun disahkan melecur sebanyak 27 peratus pada anggota badan selepas dibakar dengan menggunakan petrol.
Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie, pergaduhan suami isteri tersebut didnegari jiran mereka.
Ketika kejadian, keempat-empat anak pasangan tersebut yang berusia dalam lingkungan 10 hingga 15 tahun turut berada di rumah.
Hasil siasatan awal anak lelaki mangsa berusia 13 tahun mendakwa dia dan adik-adiknya berada dalam bilik sebelum terdengar pergaduhan antara ibu dan bapanya yang berusia 36 tahun.
Remaja itu cuba keluar untuk melihat kejadian sebelum menyedari pintu bilik dikunci dari luar. Dia cuba menarik pintu dan berjaya membukanya.
Susulan itu, dia nampak ibunya (mangsa) berada di bahagian belakang luar rumah dalam keadaan badannya terbakar manakala suspek cuba padamkan api itu dengan kain.
Terkejut dengan kejadian itu, suspek kemudiannya melarikan diri apabila menyedari api pada badan mangsa merebak dengan cepat.
Susulan itu, mangsa meminta bantuan anak lelakinya untuk mengambil air bagi memadamkan api tersebut.
Remaja lelaki itu mengambil air dari bilik air berdekatan dan memadamkan air pada badan mangsa sebelum meminta bantuan daripada jiran untuk menghubungi pihak polis.
Mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang dan semakan pegawai perubatan mendapati dia melecur 27 peratus pada anggota badan.
Semakan lanjut mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau termasuk pernah mencederakan mangsa dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.
Kes kini akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Sumber: MalaysiaGazette