Sebagai seorang ibu, penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza ingin melihat kebahagiaan anak-anaknya apabila dewasa kelak.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ayah Pilih Wanita Yang Tepat, Mak Iti Betul-Betul Korbankan Jiwa & Raga’ – Asyraf Khalid
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Keterujaan Aafiyah Di Konsert, Masih Belum Terfikir Bawa Anak Serius Dalam Muzik – ‘Next Concert Ibu’
Harapan & impian ibu bapa
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, Siti bersama suami Datuk Seri Khalid Jiwa menghadiri ke istiadat persandingan anakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, dengan pasangannya, FD Idzham FD Iskandar, yang berlangsung dengan penuh tradisi di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz pada Ahad.
Dalam masa yang sama, pelantun lagu Anta Permana tersebut berkata, dia menyimpan hasrat untuk melihat cahaya matanya mendirikan rumah tangga suatu hari nanti.
Sambil tengok, sambil kepala berfikir. Semoga diberi kesempatan melihat anak-anak nanti naik pelamin.
Penyanyi berusia 45 tahun itu turut mendoakan agar anak-anaknya dikurniakan jodoh yang baik.
Semoga ditemukan jodoh yang baik. Amin Ya Rabb.
Sementara itu, Siti turut mempersembahkan beberapa buah lagu di majlis istiadat perkahwinan diraja tersebut antaranya Dengarkanlah, Bukan Cinta Biasa dan Endless Love.
Khas buat mempelai yang sama cantik, sama padan. Moga terus berbahagia hingga ke jannah.
Untuk rekod, Siti berkahwin dengan Datuk K pada 21 Ogos 2006 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Siti Aafiyah,6, dan Muhammad Afwa,3,.
Sumber: IG Siti Nurhaliza