Malam tadi, dunia industri dikejutkan dengan berita pemergian penyanyi Bad Indigo yang dilaporkan telah meninggal dunia akibat serangan jantung, kira-kira jam 7 malam.
Artikel Berkaitan: Bad Indigo Meninggal Dunia
Artikel Berkaitan: Ashira Aziz Menggigil & Hilang Kata Tahu Bad Indigo Meninggal – ‘Kami Dah Lama Tak Hubungi Selepas Cerai’
Arwah nak rasa artisan bread
Selain ahli keluarga dan insan terdekat, seorang individu yang dikenali sebagai Iskandar Ishak turut akui terkejut dengan berita pemergian penyanyi berusia 48 tahun itu.
Menurut Iskandar, dia sempat berbual dengan arwah sewaktu pergi membetulkan tayar keretanya di tempat Bad bekerja di Ampang.
Malah, Iskandar yang bekerja sebagai seorang cef berkata, arwah sempat bertanyakan kepadanya mengenai beberapa tips pemakanan.
Saya memang selalu service kereta dekat tempat kerja abang Bad, semalam saya sempat borak dengan dia sebelum saya gerak balik dalam pukul 5:30 petang macam tu.
Borak macam biasa tak nampak dia sakit, muka ceria sangat. Dia ajak saya makan nasi bungkus, saya kata silakan. Nampak dia makan berselera.
Selesai solat asar borak dengan dia pasal kereta enjin dan arwah tanya saya pasal artisan bread macam mana cara makan dengan betul, cara penyimpanan yang betul, suhu, nak crispy dan lain-lain lagi tips.
Terakhir itu nak balik saya salam dan bagitahu balik dari Johor (tempat Iskandar kerja) nak bawa artisan bread untuk staff Reiber (nama tempat kerja Bad) rasa. Nampak dia senyum sebab dia nak rasa artisan bread. Itu last antara saya dengan dia.
Dalam pada itu, Iskandar berkata dia akui ralat kerana tidak sempat memberikan artisan bread kepada arwah.
Rasa sangat ralat, kalau saya tahu dia nak meninggal petang itu (Khamis), saya minta staff call lalamove pickup artisan bread hantar ke bengkel.
Malam Khamis, Bad atau nama sebenar, Badrul Izhan Yeop Abdullah dilaporkan meninggal dunia di tempat kerjanya di Ampang kira-kira jam 7 petang.
Berita awal pemergian arwah dikongsikan penyanyi Liza Hanim menerusi hantaran di Instagram Story miliknya.