berita

Sempat Tulis Nota, Lelaki Cuba ‘Bunuh Diri’ Selepas Dapati Diri Positif Covid-19

January 25th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Sejak Covid-19 melanda dunia, ramai orang yang alami tekanan diri akibat kehilangan pekerjaan sehingga sebanyak 266 kes bunuh diri dilapor­kan sejak 18 Mac hingga 30 Oktober menurut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Artikel Berkaitan: ‘Saya Mati Kerana…’ – Sempat Tulis Nota ‘Bunuh Diri’, Pembantu Perubatan Maut Dipercayai Terjun Bangunan

Artikel Berkaitan: Guna Pisau Kelar Tengkuk, Warga Emas Bunuh Diri Selepas 2 Kali Positif Covid-19

Terbaru, seorang pesakit Covid-19 sempat meninggalkan nota sebelum cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat 11 sebuah flat di Bandar Baru Sentul baru-baru ini. Mangsa merupakan seorang warga tempatan berusia 57 tahun kini berada di hospital selepas alami cedera parah dan sedang koma di hopsital.

Cedera parah

(sekadar gambar hiasan)

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, Polis, pihak mereka menerima panggilan sekitar pukul 4.30 petang di Pusat Kawalan IPD Sentul menerusi MERS 999. Pihak polis dimaklumkan mangsa dijumpai orang awam dalam keadaan terbaring dan cedera parah di lantai tingkat bawah flat

Pegawai perubatan yang bertugas telah bergegas ke lokasi kejadian sebelum mengesahkan mangsa mengalami cedera di kepala, paru-paru, perut serta patah tangan dan kaki.

Mangsa kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur akibat mengalami kecederaan yang kritikal dan terlantar dalam keadaan koma.

Tambah Eng Lai, kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh diri. Dalam pada itu, polis kini sedang memperincikan siasatan untuk mengenalpasti punca mangsa cuba membunuh diri dan ahli keluarganya telah dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Nota bunuh diri

(sekadar gambar hiasan)

Malah, mangsa juga dilihat seperti sudah merancang untuk bunuh diri memandangkan sempat menulis nota sebelum terjun dari kediamannya di flat.

Polis menemui nota yang ditinggalkan pada badan mangsa sebelum mendapati nota itu menyatakan dia positif Covid-19 sebelum terjun membunuh diri.

Dalam nota tersebut, mangsa memaklumkan bahawa dia didapati positif Covid-19. Berdasarkan nota itu, polis mengesyaki kemungkinan mangsa alami tekanan melampau akibat wabak itu. KP Daerah Sentul juga menyeru agar orang ramai agar tidak melakukan sebarang perbuatan yang boleh memudaratkan diri sendiri dan persekitaran hingga mendatangkan bahaya kepada nyawa.

Sumber : Malaysia Gazzete

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×