berita

‘Semua Dah Bebas Ke Sana Ke Sini’ – Neelofa, Ernie Zakri Risau Ramai Ambil Kesempatan PKPB

May 4th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Neelofa, Jihan dan Ernie Zakri antara selebriti tempatan yang melahirkan rasa bimbang melihat gelagat segelintir masyarakat yang ingkar arahan kerajaan tatkala Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula hari ini. Ini rentetan viral video orang ramai berpusu-pusu ke kedai makan tanpa menitikberatkan soal jarak sosial.

Apa ni?

Pengacara Jihan Muse menerusi laman Twitter terkejut dengan video viral menyaksikan segelintir masyarakat kita beratur untuk membeli makanan di Medan Permaisuri Cheras. Dapat disaksikan antara mereka juga tidak menjaga jarak sosial sepertimana diperintahkan kerajaan dan Kementerian Kesihatan.

PKPB will begin

Neelofa turut gusar apabila PKPB akan mula dilonggarkan bermula 4 Mei 2020. Sebahagian urus niaga akan mula beroperasi, restoran juga akan dibuka dan rakyat dibenarkan untuk beriadah seperti berjogging. Walaubagaimanapun, Neelofa memperingati agar kita semua terus mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti mana yang telah sama kita laksanakan.

Hari ini saya hilang kata-kata

Sementara itu, Ernie Zakri juga meluahkan rasa terkilan dan sedih apabila melihat video menyaksikan ramai rakyat Malaysia sudah mula beratur di kedai makan untuk membeli juadah.

Cuba bayangkan sampai bulan 12…

Ernie menasihati agar semua orang perlu memainkan peranan dan tanggungjawab bermula dari keluarga di rumah. Kita sudah bertarung hampir 2 bulan sama-sama putuskan rangkaian Covid-19 dengan berada di rumah tetapi kenapa kita tidak terus kuat? Ernie turut merayu agar masyarakat menyedari akan soal kesihatan untuk kita terus putusan jangkitan wabak ini.

Sumber: Neelofa, Ernie Zakri

SKIP THIS AD ×