Seperti yang sedia maklum, luka boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai sebab dan alasan. Min percaya, kita semua pernah mengalami luka pada tubuh betul tak?
Kadang-kadang tu tengah syok baca buku pun jari boleh terluka disebabkan paper cut tau. Memang pedih!
Sebenarnya penting tau untuk merawat luka dengan betul supaya dapat mengelakkan jangkitan terjadi. Hemmm…Boleh pakai lagi ke petua nenek moyang kita yang kononnya air garam mampu merawat luka?
Korang rasa macam mana?
Kesilapan yang perlu dielakkan ketika merawat luka
Korang mesti ingat luka ringan ni tak berbahaya kan? Kalau dibiarkan macam tu je tanpa merawatnya, kemungkinan dari luka ringan ia boleh berubah menjadi luka yang agak serius disebabkan terkena jangkitan.
Jom min kongsikan sebab kenapa luka korang lambat sembuh dan boleh terkena jangkitan tanpa kita sedar.
1. Membersihkan luka asal boleh sahaja
Kesilapan yang sering kita lakukan ialah tidak membersihkan bahagian yang terluka dengan betul dan hanya membilasnya dengan air biasa jer.
Korang tahu tak yang kawasan luka itu adalah tempat pembiakan bakteria kalau tak dibersihkan dengan betul?
Kita sepatutnya membersihkan kawasan luka tersebut setiap hari untuk membuang kotoran dan bakteria yang ada di dalam dan sekitar luka untuk mengelakkan jangkitan serta mempercepatkan proses penyembuhan.
2. Biarkan kesan luka terdedah tanpa memakai plaster
Min tahu ramai yang beranggapan kesan luka lebih cepat kering dan sembuh bila dibiarkan begitu sahaja betul tak? Haaaa….ini cara yang salah ya sebab ia boleh menyebabkan luka korang terkena jangkitan tau.
Salah satu cara yang korang boleh lakukan adalah memastikan luka ditutup dengan plaster untuk perlindungan dan membolehkan penyembuhan luka lembab atau lebih dikenali sebagai moist wound healing.
Hal ini juga, mempunyai kelebihan untuk memastikan kesan luka korang lebih bersih dan mengurangkan kemungkinan jangkitan kuman.
3. Mengopek keruping luka yang sudah kering
Haaa…Korang mesti suka kopek keruping luka yang dah kering kan? Bukan apa tangan ni tak boleh nak duduk diam bila tau yang luka tu dah kering mesti nak juga kopek baru puas betul tak?
Sebenarnya perbuatan ni mampu menyebabkan luka korang lambat sembuh dan berkemungkinan terkena jangkitan. Kita tak tau yang tangan kita bersih atau tidak sewaktu mengopek kesan luka tersebut.
Lebih baik kita biarkan saja luka tu hilang dengan sendiri.
Apa kata kita tengok video ni untuk mengetahui lebih banyak cara yang salah merawat luka tapi kita sering melakukannya.
Kalau korang jaga luka tu betul-betul mesti cepat sembuh.
Mesti korang tertanya-tanya macam mana cara yang betul untuk merawat luka dengan cepat kan? Haaa…Nasib baik ada Hansaplast, segalanya semudah ABC!
Hansaplast sedia untuk membantu!
Bagi min lah kan, seteruk mana tahap luka dialami individu tersebut, ianya boleh sembuh jika dirawat menggunakan kaedah yang betul.
Sebab tu lah min nak sarankan kat korang untuk menggunakan produk dari Hansaplast ni sebab memang function gile. Ooomaiiigadddd!
Kita semua tahu yang Hansaplast memang antara brand yang dipercayai ramai sebab menawarkan pelbagai jenis produk penjagaan luka tanpa merumitkan pengguna.
Kita patut rasa bersyukur tau sebab Hansaplast ada kongsikan cara yang betul untuk merawat kesan luka. Memang mudah!
Langkah 1: Bersihkan kesan luka dari kotoran dan bakteria dengan Hansaplast Wound Spray untuk mengelakkan jangkitan. Ia juga pain-free** dan sangat sesuai untuk kanak-kanak dan orang yang mempunyai kulit sensitif.
Tidak sama seperti beberapa antiseptik lain, Hansaplast Wound Spray tidak menyengat atau pedih ketika digunakan.
**Kajian PMCF, 95% bersetuju bahawa
“Penggunaan Semburan Pencuci Luka adalah tidak menyakitkan”, n=59, Freese R, Doktor, pengkaji utama, Hamburg, 2019
Langkah 2: Melindungi kesan luka daripada bakteria untuk membolehkan penyembuhan dengan cepat.
Tidak semua plaster dipasaran adalah sama kerana terdapat banyak plaster murah yang tersedia dan min amat galakkan korang membeli plaster Hansaplast.
Plaster Hansaplast terbukti menghalang 99% bakteria* daripada memasuki luka.
*Hansaplast melindungi daripada kotoran dan bakteria.
Langkah 3: Untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka tanpa meninggalkan kesan parut tetapi ia juga bergantung bagaimana korang menjaga luka tersebut. Sapu Hansaplast Wound Healing Ointment dengan kerap sehingga luka sembuh sepenuhnya.
Sebelum tu min nak ingatkan, kalau luka korang tu berdarah tanpa henti atau sebagainya lebih baik korang dapatkan bantuan daripada doktor.
Jangan lupa juga untuk membaca setiap arahan yang diberikan sebelum menggunakan produk tersebut!
Produk Hansaplast wajib ada di setiap rumah!
Sudah satu abad Hansaplast berada dipasaran untuk membantu kita merawat luka supaya sembuh dengan lebih cepat dan mengurangkan risiko parut. Ini yang kita mahukan!
Hanya dengan 3 produk ni sahaja korang dah boleh merawat luka kecil di rumah dengan mudah. Lepas ni kalau ada kejadian yang tak diingini berlaku korang dah tak perlu nak risau lagi.
Apa tunggu lagi cepat lengkapkan peti kecemasan di rumah korang dengan 3 produk Hansaplast ni hari ni juga. Utamakan keselamatan, ingat orang yang tersayang!
Korang boleh dapatkannya di Caring, Guardian, Watsons atau Hansaplast Shopee Mall.
Untuk maklumat lanjut korang boleh klik laman web rasmi Hansaplast. Ini baru betul ‘We’ve Got You Covered’!
Nombor Kelulusan Iklan: MDAMD 0201/2023.