berita

Cemar Kemuliaan Bulan Ramadan, Ustazah Asma Harun Tegur Iklan Raya Promosi ‘Judi’ Tidak Sensitif

April 16th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Viral sebuah video iklan raya yang didakwa mempromosikan aktiviti perjudian dengan berlatar belakangkan lagu Hari Raya Aidilfitri telah undang amarah ramai pihak. Tidak lama kemudian, video tersebut telah diturunkan dari laman YouTube dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bakal ambil tindakan terhadap pihak terbabit.

Artikel berkaitan: Viral Iklan Raya Promosi ‘Judi’, MCMC Ambil Tindakan

Artikel Berkaitan: ‘Eloklah, Pelakon Semua Orang Melayu’ – Iklan Hari Raya Ajak Berjudi Cetus Amarah

Penceramah bebas iaitu Ustazah Asma Harun melalui laman Facebook turut meluahkan rasa kecewa dan terkilan kerana video berkenaan telah mencemar kemuliaan bulan suci ini.

Promosi aktiviti perjudian kepada masyarakat

Berdasarkan bait lirik lagu yang dipersembahkan melalui video berkenaan secara jelasnya bagi mempromosikan aktiviti perjudian dan menggunakan konsep Hari Raya bagi ‘memancing’ ramai orang terutamanya penganut agama Islam.

Luluh hati ini apabila tular di media sosial tentang sebuah syarikat perjudian yang telah mengeluarkan sebuah iklan hari raya bertujuan mempromosikan aktiviti perjudian mereka kepada masyarakat. Isu ini telah tersebar di banyak platform media sosial. Bait-bait lirik yang digunakan di dalam lagu iklan tersebut secara terang-terangan mengajak orang ramai untuk menyertai platform perjudian mereka.

”Tapi mengapa kau muram sahaja, duduk termenung seorang diri, nak balik kampung duit tak ada, tapi ada cara untuk mencari, GDBet333 ada.”

“Apa ditunggu marilah cuba, untung nasibmu engkau berjaya, cuci semua kemudian beraya. GDBet333 banyaklah wang boleh dimenangi, mari ke GDBet333 menang banyak raya pasti happy.”

Menyentuh sensitiviti umat Islam

Selain itu, ustazah Asma Harun menyifatkan kandungan video berkenaan turut menyentuh sensitiviti umat Islam. Ditambah pula dengan pelakon-pelakon yang terlibat dalam video berkenaan termasuk wanita yang bertudung dalam mempromosikan aktiviti haram itu.

Awalnya, mereka telah memuat naik iklan tersebut di Youtube, namun sudah dipadam semula kerana melanggar garis panduan komuniti masyarakat. Secara jelas, iklan ini menggunakan konsep latar belakang lagu hari raya Aidilfitri sebagai tarikan kepada orang Melayu Islam. Mereka ingin meraih keuntungan yang lebih berganda apabila lebih ramai yang akan menggunakan perkhidmatan mereka menjelang musim hari raya nanti.

Sahabat, dalam kita sedang meraih pahala dan menikmati bulan Ramadan yang baru sahaja tiba, isu yang muncul ini telah pun mencemar kemuliaan dan nilai sucinya. Bahkan, ia seolah-olah sengaja ingin menyentuh sensitiviti umat Islam. Mereka dengan berani dan terbuka menggunakan orang Melayu Islam sebagai pelakon di dalam iklan tersebut. Malahan wanita yang bertudung juga terlibat di dalam iklan syarikat judi ini.

Dalam isu ini, boleh jadi ada dalam kalangan masyarakat kita yang tidak mengetahui bahawa ini ialah salah satu bentuk jarum halus yang ingin menormalisasikan sektor perjudian di Malaysia. Bayangkan bagaimana jika orang sekeliling kita terpengaruh dengan iklan sebegini tanpa mengetahui ianya adalah haram di sisi Islam.

Sumber: Ustazah Asma Harun

SKIP THIS AD ×