Foto: Alifhadi
Pelakon dan pengacara Alif Hadi yang sedang hangat bercinta bersama pelakon Yasmin Hani menjawab persoalan peminatnya yang bertanyakan bagaimana pasangan itu bertemu.
Artikel Berkaitan: Tak Serik Untuk Kembali Bergelar Isteri, Yasmin Hani & Alif Hadi Sedang Berkenalan – ‘Saya Hanya Mahu Berasa Gembira ..’
Artikel Berkaitan: Keluar Berbuka Puasa Bersama, Yasmin Hani & Alif Hadi Bercinta?
Semua dengan izinNya
Sumber: Alifhadi
Pada Isnin, Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Abdul Hadi membuka sesi ‘Send Me Anonymous Question’ bersama peminat di Instagram Stories miliknya.
Antara soalan yang diajukan oleh individu yang tidak diketahui identiti adalah mengenai percintaan jejaka itu bersama pelakon Yasmin Hani yang bertanya bagaimanakah mereka saling mengenali rapat dan jatuh cinta terhadap Yasmin Hani. Pastinya peminat Alif ingin mengetahui sejauh mana hubungan dengan wanita berstatus ibu tunggal itu.
Macam mana boleh kenal rapat & jatuh cinta dengan Yasmin Hani.
Huraikan. 100 markah.
Menjawab pertanyaan tersebut, Alif hanya menganggap semua yang berlaku hanyalah dengan izin tuhan serta bersyukur ditemukan dengan Yasmin.
Semua yang berlaku adalah dengan izin-Nya.. kalau bukan kerana izin Allah yang temukan, gerakkan hati, semuanya takkan terjadi.
Syukur Alhamdulillah.
Alif dan Yasmin mula menjalin cinta pada awal tahun ini apabila mereka saling berkongsi foto di lokasi sama di IG.Pada mulanya, mereka dikatakan dalam proses untuk saling mengenal hati budi masing-masing.
Terdahulu, Yasmi pernah mendirikan rumah tangga dengan pemuzik, Sha’arin Mohamed Razali pada 2011 dan bercerai pada Disember tahun lalu. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Noah Ismail Wong, 9, dan Eissa Elzander Wong, 6.
Sumber: alifhadi