Rezeki yang tidak disangka-sangka apabila seorang lelaki menemukan ‘harta karun’ semasa proses pembersihan rumah ayah mentuanya.
Artikel Berkaitan: ‘Solat Dan Sedekah Pada Waktu Pagi Adalah Kuncinya’ – Amir Raja Lawak Kongsi Amalan Pembuka Rezeki
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anzalna Nasir Buat Ibu Menangis, Hadiahkan Rantai Berlian RM120,000
Durian runtuh
Sekadar gambar hiasan
Menerusi laporan Mirror UK, lelaki yang dikenali sebagai John Reyes merupakan ejen harta tanah. Difahamkan, dia bersama isterinya, Elizabeth di garaj milik ayahnya sebelum mereke menemui beg berisi sejuta keping duit syiling tersebut.
Reyes meluahkan rasa terkejut dengan penemuan tersebut kerana kehadirannya di situ hanya untuk membantu dalam menyelenggara rumah ayah mentuanya.
Katanya lagi, dia turut mencuba untuk membuat pertukaran dengan wang tunai di beberapa bank namun, tiada bank yang mahukan jumlah sebanyak itu.
Terdapat nama bank pada beg tersebut yang saya tidak pernah dengar atau ianya masih wujud lagi.
Kami bawa beg demi beg untuk keluar dari ruangan bawah tanah rumah itu, menaiki tangga dan masuk ke dalam trak. Ianya mengambil masa berjam-jam untuk mengeluarkannya.
Walau bagaimanapun, Reyes mengambil keputusan untuk menyiarkan iklan menjual syiling di laman sesawang dengan harga AS$25,000 (RM115,000).
Sumber: Mirror UK