berita

#AF2014 : Mampukah Nuha Bersaing Dengan Semua Finalis Lelaki?

October 28th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

10702033_774547825951010_1125085809096160862_n

Akademi Fantasia dan kejutan sememangnya tak boleh dipisahkan. Setiap musim pasti ada perkara yang tak terjangkau dek akal fikiran akan berlaku. Termasuklah musim kali ini.

Kejutan maha hebat terjadi apabila Adel, pelajar paling konsisten setiap minggu akhirnya menjadi mangsa penyingkiran.

Artikel Berkaitan : #AF2014 : Hattan Bengang Adel Tersingkir

Diikuti pula minggu lalu apabila Astro mengumumkan dua pelajar tersingkir sekali gus meninggalkan hanya 5 pelajar yang bakal berentap di konsert separuh akhir nanti.

10395848_774529339286192_584090895554034382_n

Tetapi, sedar atau tidak, kini hanya tinggal seorang saja lagi pelajar wanita iaitu Nuha. Mampukah Nuha bertahan hingga ke final atau adakah perjalanan Nuha akan terkandas di minggu separuh akhir nanti?

Jika dinilai menerusi undian, Nuha seringkali mendapat peratusan terendah walaupun dia merupakan di antara pelajar yang sering mendapat pujian.

Risau juga kami jika Nuha tersingkir. Hmm, tak syoklah final nanti jika Nuha kecundang. Setuju tak?

10404870_774608769278249_8626497808409411028_n

Namun, sekiranya Nuha berjaya melangkahkan kaki ke konsert akhir nanti, mampukah Nuha berentap dengan pelajar lelaki? Adakah bakat yang dimiliki Nuha dapat menggoncang iman pengundi dan meletakkan dia sebagai juara #AF2014?

Maklumlah, yang tinggal adalah pelajar-pelajar yang boleh tahan hebatnya. Pada kami, pencabar terdekat Nuha adalah Firman. Kalau diperhatikan, sejak dua menjak ni, Firman seringkali mendapat undian tertinggi tau!

Baik Nuha mahupun Firman, kedua-duanya mempunyai keunikan vokal yang tersendiri. Tak percaya? Lihat saja persembahan duet mereka minggu lepas. Meremang bulu roma dik non!

Fuh! Kalau memang rezeki Nuha ke final nanti, memang berentaplah semua pelajar-pelajar ni. Ish, tak sabar pula nak dengar lagu ciptaan pelajar kali ini.

Setanding tak dengan komposer-komposer terkenal tanah air ya?

SKIP THIS AD ×