berita

Sepatutnya Menang Tanah Lot Banglo Tapi Ini Yang Dapat…

October 1st, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Nampaknya isu hadiah lot rumah banglo yang dimenangi oleh Aishah menerusi sebuah rancangan realiti masih belum selesai. Dakwa Aishah, hadiah yang diperolehi indah khabar dari rupa kerana tidak seperti yang dijanjikan!

Artikel berkaitan: Sudahlah Hadiah Tanah Tak Dapat, Barangan Kemas Pula Fake?

Aishah terkilan apabila dimaklumkan menerima tanah lot yang lebih kecil jika dibandingkan dengan lot tanah banglo yang dijanjikan sebelum ini. Ini respon penyanyi Aishah terhadap isu berkenaan.

Hampir setahun baru nak beritahu

Tak taulah nak nangis ke nak ketawa, dahlah susah payah nak tuntut hadiah, siap dengan maki hamunnya minta tangguh lebih setahun, sekarang diberitahu yang tanah yang dijanjikan bukanlah bungalow lot!!! Tapi tanah yang lebih kecil. Katanya itulah perjanjian dengan badan penyiaran. Wow!!! Hampir setahun baru nak bagi tahu?? So yang diwar2kan dalam tv tu tak betullah ye? Kesilapan atau saja buat untuk gempakkan program? Hadoiii… I am speechless.

Bukan Aishah saja yang belum menerima hadiah tanah lot banglo seperti dijanjikan tetapi penyanyi Liza Hanim dan Lan Solo juga belum mendapat hadiah tersebut. Bagaimanapun, Aishah juga mendakwa rantai berlian yang diterimanya itu juga barangan kemas palsu.

Harap tak berulang lagi

Hadiah tanah dari syarikat pemaju

Sumber: Aishah

SKIP THIS AD ×