berita

‘Sepatutnya Saya Pergi Hentam & Ganyang Dia, Ni Terbalik Pula’ – Puteri Sarah Tuntut Hak Anak-Anak

July 6th, 2022 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Sebentar tadi, Puteri Sarah Liyana membincangkan perihal rumah tangganya secara terbuka menerusi Instagram Live bersama rakannya, Nad Zainal.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Netizen Tuduh Tolak Poligami, Ini Respon Puteri Sarah – ‘Lelaki Nak Berpoligami Cari Bakal Isteri Yang Baik’

Artikel berkaitan: Isteri Nazrief Nazri Dedah Puteri Sarah Lambat Saman ‘Penyondol’ Sebab Kasihan – ‘Bapa Dia Ada Sakit’

Artikel berkaitan: ‘Berhati-Hatilah Dengan Istidraj’ – Puteri Sarah

Artikel berkaitan: Puteri Sarah Tak Kisah Kalau Syamsul Nak Bayarkan Saman Ira Kazar

Bertahan selama empat tahun

Menurut Sarah, dia nekad untuk menyaman anak kepada pelakon Kazar iaitu Ira. Tambahnya, selama empat tahun ini dia banyak bersabar dan bertahan memikirkan aib suami serta keluarga.

Sebab tu saya bertahan selama empat tahun. Selagi saya boleh bertahan saya bertahan. Tapi lama-lama dia menjadi kacau pada mental. Jadi dari situ saya rasa sudah cukup. Kalau mulut saya jahat, dah lama saya cerita (hal berkenaan). Sekarang saya baru balik dari JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan). Saya nak saman bukan sebab saya nak rampas balik hak saya. Itu empat tahun dulu. Sekarang ni saya buat untuk tuntut hak saya dan anak-anak.

Ujar Sarah lagi, dia membuat dua tuntutan. Antara tuntutan yang dibuat ialah ‘perempuan’ tersebut telah mengganggu ketenteramannya dan melakukan jenayah mengganggu rumah tangga.

Saya harap semua orang doakan benda ni jatuh sebagai jenayah.

Fikir dua tiga kali

Dalam pada itu, Sarah turut memberitahu yang dia berasa pelik kenapa pihak ketiga berkenaan bersungguh mengacau rumah tangganya seperti dirinya pula orang luar.

Sepatutnya saya pergi hentam dia, ganyang dia. Tapi dia yang hentam saya macam saya ambil suami dia. Ni dah terbalik. Saya ada kawan yang bergelar isteri kedua. Saya tengok kawan saya tu hormat yang pertama. Tapi dia kena ganyang dengan bini pertama serta kena santau. Itu sepatutnya berlaku.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×