berita

Serik Dihina & Dimaki, Sharnaaz Ahmad Dah Puas Hidup Macam Kera!

May 12th, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2015-05-12 at 11.43.17 AM

“Aku dah puas hidup macam kera!” Itu ayat yang diluahkan oleh Sharnaaz Ahmad menerusi foto terbaru yang dimuat naik olehnya di laman Instagram.

Menurut Sharnaaz setelah beberapa tahun berkecimpung dalam dunia seni, pelbagai suka duka telah dilalui dan pernah satu ketika dihina seperti anjing dan bangla! Peh boleh tahan!

Jangan Sembang Dengan Aku…

Ternyata banyak halangan dan rintangan yang terpaksa dilalui oleh Sharnaaz sebelum berjaya bergelar pelakon terkenal hari ini. Itu belum cerita lagi mengenai kontroversi percintaan dan sebagainya.

Tiada jalan pintas untuk berjaya, menurut Sharnaaz walaupun dipijak, dimaki dan dihina, dirinya tetap melangkah maju ke hadapan.

Selepas 6-7 Tahun Aku Dihina..

BACA SAMPAI HABIS Then today, here i stand.. Selapas 6-7 tahun aku dihina di maki, dipijak dalam industri yg agak kera ini.. Aku berdiri teguh atas kaki dan pegangan aku sendiri.. Tujuan aku post semua ini adalah untuk hargai org yg sentiasa sokong aku walau aku dihina anjing dan bangla satu ketika dulu.. Tapi mereka tetap percaya dan berdiri ibarat “peyendal” di belakang aku.. Aku ingin dedikasikan diri aku buat insan insan ini yg mendidik dan memberi aku petunjuk .. Ini adalah orangnya Amir Luqman (Designer) Abg Izad (Radius One) Bahri Umar (Radius One) Abg Fadzli (Radius One) Amor Rizan Isma Yusof Micheal Ang Khabir Bakhtiar Arwah Shah (makeup) Abg faisal Ishak (director) Kak zila jalil Arwan Mama Juwi Fadzil (Mangga) Kak Jailina Rejab Vee Intrend Kak Nora Dan sudah tentu @duraaiman yg paling setia dan sabar dgn aku.. Hari ibu adalah hari menghargai ibu.. Aku insyaAllah hari hari hargai ibu aku.. Hari ini aku nak hargai org yg berjasa pada seni aku.. Terima kasih semua dan semoga Allah balas jasa dan budi kalian sampai ke syurga Terima kasih @intrendmalaysia kerana jadikan saya sebagai No1 dalam 50 lelaki sedekad.. Seketul besi anugrah bukan pengukur kejayaan seseorang artis dan manusia.. Cuba lihat di hari pengkebumianya.. Bila ada org merintih dgn pemergianya… Itu adalah paling indah sahabat.. Salam .

A photo posted by Sharnaaz Basir Ahmad (@sharnaazahmad) on

Apa-apa pun moga Sharnaaz terus sukses dalam apa jua bidang yang diceburi. Siapa cakap senang jadi artis hah?

SKIP THIS AD ×