berita

Sering Diasak Soal Zuriat Selepas 6 Bulan Berkahwin, Nabila Razali Tak Cepat Melenting – ‘Saya Jawab Baik-Baik Saja’

April 19th, 2024 | by Maya
Kini Trending

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali memberitahu dia tidak dapat mengelak daripada pertanyaan mengenai zuriat selepas lebih enam bulan mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta, Nik Iruwan Nik Izani.

Artikel berkaitan: Nabila Razali Seronok Dipanggil ‘Mek Nab’, Suami Nasihat Untuk Jadi Diri Sendiri

Artikel berkaitan: Nabila Razali Gementar Beraya Di Kampung Suami, Dah ‘Ready’ Bila Ditanya Soal Zuriat

Serahkan pada rezeki

Memetik laporan Harian Metro, Nabila bagaimanapun sentiasa positif dan tidak tergesa-gesa untuk mendapatkan zuriat.

Saya tak boleh nak komen banyak berkaitan rezeki anak ini. Tapi, apa yang boleh saya cakap adalah bergantung kepada rezeki.

Bila sampai masa, pasti akan ada dan kalau sebaliknya pun saya kena terus berusaha.

Namun jika orang terus nak tanya dan tanya mengenai rezeki itu (anak), saya akan jawab yang baik-baik saja dan mohon didoakan terbaik untuk kami berdua.

Meskipun sering diasak dengan pertanyaan mengenai zuriat, penyanyi lagu Peluang Kedua ini tidak mudah melenting dan menghormati mereka yang bertanya.

Masih laku selepas berkahwin

Mengulas tentang skeptikal segelintir orang terhadap populariti jatuh selepas berumah tangga, Nabila bersyukur masih diterima dan diberi sokongan.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana rezeki karier seni saya masih dimurahkan dan tak sangka juga lagu raya saya, Raya Mana yang dilancarkan pada Ramadan lalu diterima sangat baik.

Apa yang boleh saya cakap, terima kasih banyak kerana saya masih ada penyokong lagi yang sentiasa setia memberikan sokongan pada setiap hasil kerja saya supaya terus berpanjangan.

Selain itu, saya juga teruja untuk masuk semula ke set penggambaran drama terbaharu tidak lama lagi. Begitu juga, akan ada lagu baharu bakal menyusul nanti dan Alhamdulillah, saya akan terus aktif dalam karier seni ini, Insya-Allah.

Untuk rekod, Nabila sah bergelar isteri kepada usahawan Nik Iruwan Nik Izani pada 18 November tahun lalu.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×