Disebabkan sakit hati kerana sering kali difitnah dan diburukkan di depan kawan-kawan, seorang lelaki tergamak membunuh bekas kekasihnya dengan kejam.
Artikel Berkaitan: Lelaki Panik Teman Wanita Hamil, Nekad Pukul & Tikam Sampai Mati
Artikel Berkaitan: Angkara Cemburu! Wanita Tikam Teman Lelaki Sebab Renung Perempuan Lain
Sakit hati
Menerusi laporan Tribun News, pembunuhan terjadi disebabkan suspek merasa sakit hati kerana mangsa sering meminta wang daripadanya malah mengganggu kehidupan teman wanita barunya selain diburukkan di depan kawan-kawan.
Menurut Ketua Polis Kota Bogor, Komisioner Bismo Teguh Prakoso, mangsa ditemui mati tanpa pakaian di dalam bilik sebuah pangsapuri di Tanah Sareal, Indonesia.
Mangsa merupakan seorang pelajar dan telah dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu.
Selepas melakukan siasatan, mangsa dikatakan berjumpa dengan suspek di kafe sebelum mereka bersetuju untuk menempah bilik di sebuah apartmen.
Sampai di lokasi, suspek dan mangsa memesan sebuah bilik selama 2 jam, namun meminta dilanjutkan sehingga keesokan harinya.
Ketika kejadian, mangsa baru saja selesai membersihkan diri dan apabila keluar dari bilik air, suspek terus memukul mangsa lalu menikam beberapa kali di dada, perut dan leher menggunakan pisau.
Sebilah pisau ditusuk ke perut, dada, leher, belakang, sehingga dia meninggal dunia.
Walau bagaimanapun, suspek telah ditahan dan didakwa melakukan pembunuhan terancang dengan ancaman hukuman mati
Sumber: Tribun News, Tribun News Bogor