berita

‘Serius Best Cerita Ni!’ – Penonton Tak Sabar Nak Tonton ‘Ending’ Drama Shah Alam 40000

April 20th, 2021 | by Wan
Kini Trending

Nampaknya kisah ‘Datin-Datin’ dalam drama Shah Alam 40000 yang ditayangkan secara eksklusif di iQiyi pantas mendapat tempat di hati penonton.

Mula disiarkan secara atas talian pada 29 Mac lalu, drama popular ini boleh ditonton secara percuma di iQiyi sehingga episod ke-18, namun penonton perlu melanggan jika mahu menyaksikan pengakhiran drama Shah Alam 40000 yang mempunyai keseluruhan 28 episod.

Semua ada ‘rahsia’

Shah Alam 40000 menceritakan tentang situasi kejiranan golongan atasan di Shah Alam yang didiami oleh tiga wanita terkemuka iaitu Datin Sri Azlina, Datin Rose dan Tengku Shafinaz Mckenzie. Masing-masing menyimpan rahsia tersendiri sehinggalah ia terbongkar dan menyebabkan berlakunya insiden yang tidak diingini.

Cerita bermula dari pembukaan cafe Datin Seri Azlina, di mana semuanya kelihatan normal, seperti tidak ada masalah antaea mereka. Tapi rupanya dalam diam, masing masing ada cerita tersendiri! Datin Rose menyimpan rahsia yang dia dikejar Along apabila ditipu oleh rakan niaganya, yang juga merupakan ex celebrity. Shafinaz pula merahsiakan tentang perhubungannya dengan seorang pilot dan akhirnya terbongkar juga. Begitu juga dengan suami dan anak mereka masing masing.

Telatah lucu mereka bertiga dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi pastinya tak kering gusi! Ada sahaja idea ‘pelik’ demi merealisasikan impian mereka.

Tonton drama Shah Alam 40000 di iQiyi sekarang untuk mengetahui sendiri apakah kisah penamat kehidupan tiga sekawan ini.

SKIP THIS AD ×