berita

Setanding Neelofa, Ahli Gusti Berhijab Nor ‘Phoenix’ Diana Disenarai Forbes 30 Under 30

April 2nd, 2020 | by faris
Lensa Insta

Aksi lincah bertenaga ahli gusti profesional berhijab pertama Malaysia, Nor ‘Phoenix’ Diana pernah mencuri tumpuan pada 2019. Diam tak diam, Nor Diana mampu tersenyum bangga lagi apabila dia diiktiraf majalah antarabangsa, Forbes untuk kategori Forbes 30 Under 30 Asia 2020.

Menang MyPW pada 2019

Nor Diana yang tersenarai dalam kategori hiburan dan sukan itu mula viral apabila menjuarai kejohanan Malaysia Pro Wrestling (MyPW) Wrestlecon pada Julai 2019. Imejnya yang berhijab dan lain dari yang lain mendapat perhatian ahli gusti profesional Amerika, Mustafa Ali.

Forbes 30 Under 30 Asia mengangkat usahawan, pencetus perubahan dan pemimpin muda di seluruh Asia di bawah usia 30 tahun. Pernah terpilih dalam senarai ini adalah usahawan Neelofa dan Shila Amzah untuk beberapa tahun lepas.

Mula bergusti sejak 2015

Nor Diana mula belajar bergusti setelah diajar abangnya di dapur rumah mereka. Tambahnya, video game menjadi titik tolak mencetuskan minatnya dalam sukan ini. Gadis 20 tahun ini mula menyertai MyPW pada 2015 dan beberapa bulan kemudian bertarung untuk pertama kali.

Pernah dikecam hebat kerana minatnya bergusti selain penampilannya di atas gelanggang, wanita ini menegaskan dia hanya mahu beri inspirasi kepada wanita secara umumnya.

Saya mahu menginspirasikan bukan hanya wanita berhijab seperti saya, tapi wanita secara keseluruhannya. Tiada apa yang boleh menghalang jika ada minat dan yakin diri.

Bercampur-baur perasaan ketika buka topeng

Pernah ragu-ragu dan terlalu memikirkan penerimaan orang terhadap imejnya yang berhijab, dia mengenakan topeng di awal kemunculan. Setelah tewas dalam satu perlawanan pada 2018, dia nekad mendedahkan dirinya tanpa topeng.

Ketika saya buka topeng, perasaan semua bercampur-baur. Sedih sebab topeng tu dah jadi sebahagian daripada Phoenix, dalam masa sama lega sebab saya boleh tunjuk diri sebenar, dan peminat boleh lihat siapa Phoenix yang sebetulnya.

Turut tersenarai bersama Nor Diana adalah sejumlah anak muda dengan kebolehan membanggakan dari gamer, pelakon hinggalah bintang Kpop yang menjadi tercalon dalam kategori hiburan dan sukan.

Sumber: Forbes, nordianapw

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×