Setelah khabar angin mengatakan rumah tangganya berantakan, Fizo Omar mengesahkan dia dan Mawar Karim bukan lagi suami isteri. Mereka bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi, pada pagi Rabu.
Fizo menerusi Instagramnya meluahkan apa yang terbuku di hati setelah terpaksa melepaskan isteri di usia perkahwinan mereka menginjak 6 tahun.
‘Allah tidak pernah zalim’
Menurut bekas naib juara Hero Remaja 2008 ini, segala yang berlaku adalah ketentuan Allah. Usaha dari pihaknya dan isteri telah dibuat dan mereka memilih untuk berpisah dengan cara damai.
Apa yang berlaku diantara saya dan Mawar ini adalah dengan izin-Nya. Setelah pelbagai usaha dilakukan, dan kami bersepakat untuk berpisah dengan cara baik. Sesiapa yang berumah tangga mengharapkan kebahagiaan hingga ke akhir hayat.
Tapi perancangan Allah untuk kita adalah yang terbaik. Saya terima dengan takdir ini dan saya percaya Allah tidak pernah zalim kepada hamba-Nya dan setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.
Hari ini, 10 Julai 2019, dengan izin Allah, status kami sebagai suami isteri telah pun berakhir dan bertukar kepada co-parent kepada zuriat kami, Wan Maryam Bt Wan Hafizol iaitu amanah Allah kepada kami untuk menjaga dan mendidiknya.
Hubungan baik berterusan
Dia juga mendoakan supaya hubungan dengan bekas isteri akan kekal baik demi kepentingan anak mereka. Dia juga menjelaskan tiada sebarang konflik antara mereka dan perceraian berlaku atas kekurangan bersama.
Insya-Allah hubungan baik saya dan Mawar akan berterusan dan saya pasti hikmah disebaliknya kami terus menjaga silaturahim diantara kami dan kelurga akan bertambah erat.
Pada saya peristiwa ini bukanlah satu pengakhiran, malah ianya adalah satu permulaan fasa baru dalam hidup kami, sebagai co-parent dan sahabat baik. Tiada perbalahan diantara kami, punca dan sebab yang berlaku ini adalah kerana kelemahan dan kekurangan kami sendiri.
Semoga dengan takdir ini kami akan memperbaiki kekurangan masing-masing untuk menjadi insan yg lebih baik kelak.
Sumber: Fizo Omar