Penyanyi Siti Sarah sudah lama tidak muncul dengan lagu terbarunya selepas mendirikan rumah tangga bersama pelawak Shuib Sepahtu. Namun, sejak kebelakangan ini namanya mula meniti di bibir peminat setelah memperolehi gelaran Naib Juara menerusi sebuah rancangan realiti.
Terbaru, penyanyi Kesetiaan ini dikhabarkan akan kembali dengan lagu terbaru selepas 7 tahun. Apa yang menarik adalah lagu tersebut merupakan hasil ciptaan sepenuhnya dari suami tersayang. Tak sangka Shuib ada bakat buat lagu juga!
Hasil 7 tahun
https://www.instagram.com/p/BhyiddfgJ4V/?taken-by=meloditv3
Ini merupakan sesi pra-dengar lagu terbaru bertajuk ‘Semakin’ hasil ciptaan suami tersayang. Menurut Astro Awani, penyanyi ini telah menolak hampir 50 buah lagu sebelum merakamkan single terbaru ini. Malah, dia juga mengakui dirinya cerewet dalam memilih single ‘comeback’.
Namun begitu, saya memang seorang yang cerewet. Saya memilih karya yang benar-benar kena dengan jiwa saya. Sudah hampir 50 lagu yang saya terima tidak menepati citarasa saya.
Ambil masa 5 bulan
Akhirnya, lagu ciptaan suami sendiri yang menjadi pilihan saya. Rupanya tak perlu mencari jauh-jauh. Tetapi, proses penghasilan lagu Semakin juga mengambil masa lima bulan untuk disiapkan.
Tak sabar nak mendengar lagu ciptaan Shuib ini. Bukan setakat boleh buat lawak tapi rupanya ada bakat terpendam buat lagu juga.
Credit: Astro Awani