Pelantun suara ‘Eh’ iaitu Zizi Kirana tidak pernah meletakkan sebarang syarat kepada suaminya yang juga pelakon Yusuf Bahrin bagi setiap drama atau filem yang dibintanginya.
Artikel Berkaitan: ‘Sebelum Masuk Bilik Bedah Yusuf Cakap ‘Sayang Kena Hidup Tau, Saya Tunggu Dekat Luar’ – Zizi Kirana
Artikel Berkaitan: Zizi Kirana & Suami Teruja Tunai Umrah Kali Pertama
Artikel Berkaitan: ‘Orang Yang Curang Akan Selalu Curang’ – Zizi Kirana Tuju ‘Tweet’ Dekat Siapa?
Tak pernah beri arahan
Menerusi laporan Harian Metro, Zizi berkata, suaminya itu akan bercerita babak yang dilakukan di set penggambaran supaya tiada masalah di kemudian hari.
Masing-masing sudah tahu apa yang boleh dan tak boleh dibuat. Setiap babak yang boleh mengundang kontroversi atau kecaman, Yusof akan beritahu dan minta pandangan saya terlebih dahulu. Tapi, saya tak pernah beri arahan mengenai babak yang dijayakan sebab kami percaya antara satu sama lain.
Yusof sedar apa yang dibuat dan tahu bagaimana untuk bawa diri di set penggambaran. Lagipun sebelum ambil tawaran, dia akan baca skrip dulu dan tengok jalan cerita.
Tambah Zizi, adegan tidak berbaju yang dilakukan Yusuf dalam filem itu masih menutup aurat dan tidak terlalu mencolok mata.
Memandangkan Yusuf jarang ada peluang untuk berlakon dalam filem aksi, jadi saya suruh dia pergi uji bakat filem ini. Dapat atau tak, belakang cerita janji dia sudah pergi.
Selepas itu, saya dapat tahu filem itu akan diarahkan oleh pengarah Korea Selatan dan ada juga pelakon-pelakon dari negara itu. Jadi, saya bertambah teruja kerana dia akan dapat pengalaman baharu.
Terdahulu, Yusuf mengaku mengambil langkah berani apabila tampil tidak berbaju demi memenuhi tuntutan filem The Lord Musang King.
Sumber: Harian Metro