Penyanyi, Datin Alyah tampil memberikan sedikit pandangannya mengenai komen yang dilemparkan juri All Star Gegar Vaganza (ASGV), Hetty Koes Endang.
Artikel Berkaitan: Alyah ‘Menangis’ Bila Hetty Koes Endang Puji Lagu Kisah Hati Versi Siti Nordiana Lagi Sedap
‘Raikan bukan menjatuhkan’
@alyah81official Saya dtg sbb nak support kawan.walau pekara ni juga mengejutkan saya.saya yakin setiap penyanyi pasti akan bagi sehabis baik yg mereka ada…Raikan bukan menjatuhkan ?? #fyp #fyp??viral #alyahthecutesinger ? original sound – alyah81official
Menerusi TikTok, penyanyi berusia 42 tahun itu memuat naik video nyanyian Siti Nordiana yang membawakan lagu nyanyian asalnya yang bertajuk ‘Kisah Hati’ di pentas akhir ASGV.
Menurut Alyah, kehadirannya pada pentas akhir program realiti berkenaan adalah untuk memberikan sokongan buat rakan selebritinya itu namun, sama sekali tidak menjangka komen seperti itu akan diberikan.
Tambah isteri kepada Datuk Ramli MS itu lagi, setiap penyanyi pastinya akan memberikan yang terbaik untuk membawakan sesebuah lagu bagi peminat mereka di atas pentas.
Saya datang sebab nak support kawan. Walaupun pekara ini juga mengejutkan saya, tapi saya yakin setiap penyanyi pasti akan bagi sehabis baik yang mereka ada.
Raikan bukan menjatuhkan.
Hantaran tersebut turut mendapat respon wargamaya yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan komen yang dilemparkan oleh Hetty.
Menurut mereka, Hetty tidak sepatutnya berkata sedemikian meskipun hanya mahu bergurau kerana ia pasti akan mengguris hati Alyah dan Nana.
Dalam pada itu, ada juga yang tampil mempertahankan Hetty dan berpendapat bahawa pelantun lagu ‘Berdiri Bulu Romaku’ tersebut hanya mahu bergurau sewaktu menjurikan Nana.
Terdahulu, Hetty telah memberikan komen mengatakan nyanyian Nana yang membawakan lagu ‘Kisah Hati’ lebih merdu berbanding penyanyi asal.
Respon netizen
Sumber: TikTok