Penyanyi Aisha Retno akui gemuruh apabila pertama kali berjaya melayakkan diri ke pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM).
Artikel Berkaitan: #SFMM38: Iqie Hugh Mendominasi Pencalonan! 5 Karya Dipertaruhkan
Artikel Berkaitan: #SFMM38: ‘Tahun Ini Giliran Jangan Mati Rasa Itu, Saya Bawa Semangat Satu Lori Ainations’ – Aina Abdul
Ada ‘weapon’ rahsia
Ketika ditemui OhBulan!, Aisha bagaimanapun berkata, dia tidak mahu menjadikan perasaan tersebut sebagai alasan, sebaliknya ingin mempamerkan satu persembahan yang cemerlang.
Malah, dia melihat kesemua persaingan pada edisi kali ini cukup hebat.
Saya memang agak gemuruh sebab ini pertama kali ke pentas separuh akhir, tipulah kalau tak gemuruh kan.
Walaupun gemuruh, insyallah saya akan buat yang terbaik untuk lagu Sutera ini.
Persaingan juga sangat hebat semua dan insya-Allah semua akan bersaing dengan sihat. Lagu yang bertanding juga datang dari pelbagai genre.
Pentas sebegini sebenarnya memberi peluang untuk saya belajar dan tambah ilmu.
Aisha berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pengumuman 30 buah lagu yang layak ke SFMM38 yang diadakan di Jiospace, Damansara, baru-baru ini.
Dalam masa sama, penyanyi berusia 23 tahun itu berkata, dia bakal mengeluarkan ‘senjata’ rahsianya ketika menyampaikan lagu berjudul Sutera.
Saya setiap kali menyertai mana-mana pertandingan, saya akan menganggap diri saya kosong, seperti tiada apa-apa.
Tetapi untuk SFMM ni saya ada weapon (senjata) yang ingin ditunjukkan, yang mungkin tidak pernah dilihat atau ditunjukkan di mana-mana pentas.
Saya akan menitikberatkan tentang tarian dan dalam masa sama vokal tetap diutamakan. Lagu ini kontemporari melayu, jadi saya akan tonjolkan elemen kemalayuan itu. Angkat adat kita yang pelbagai.
Dalam perkembangan lain, Aisha baru sahaja meluncurkan mini album berjudul A.R yang diambil dari singkatan nama asalnya.
Antara senarai lagu dalam mini album ini adalah Pencarianku, Jarak, Ternoktah, Sutera, Cukuplah dan Teduh.
SFMM 38 yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Fiza Frizzy bakal bersiaran secara langsung selama tiga hari berturut-turut bermula 15 Disember hingga 17 Disember ini dari Studio 1, Glenmarie, Shah Alam jam 3 petang.