Ketua juri Separuh Akhir Muzik-Muzik 38 (SFMM38) Datuk Mokhzani Ismail akui sukar membuat penilaian bagi memilih 12 lagu terbaik yang layak ke Anugerah Juara Lagu 38 (AJL 38).
Artikel Berkaitan: #SFMM38: ‘Santai’ Bolot Lagu Terbaik & Lagu Pilihan Alha Alfa! Bawa Pulang RM5,000
Artikel Berkaitan: #SFMM38: Penerbit Eksekutif Terima Surat Penarikan Lagu ‘Budi’ Disaat Akhir – ‘Alasan Mereka Tak Dapat Beri Komitmen’
Banyak lagu balada
Ketika ditemui OhBulan!, Mokhzani berkata kesukaran untuk memilih disebabkan terlalu banyak penyertaan lagu bergenre balada yang mempunyai kualiti baik.
Bagaimanapun kata Mokhzani, barisan juri akhirnya mencapai kata sepakat untuk membawa pelbagai genre ke pentas AJL.
Memang susah untuk buat pemilihan lagu yang layak ke AJL38. Susah apabila banyak sangat genre balada, ada yang bagus tapi tidak boleh ambil sampai 10. Lagu balada sangat berkualiti pada tahun ini.
Lagu-lagu berentak moden, pop, etnik dan genre lain sangat kurang berbanding balada. Disebabkan itu agak menyukarkan barisan juri untuk memilih siapa yang layak ke AJL38.
Juri bukan mahu menyingkirkan lagu balada, tetapi ingin memberi ruang juga kepada genre yang lain, sebab mereka juga ingin bertapak.
Mokhzani berkata demikian ketika ditemui usai pengumuman 12 finalis yang layak ke Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38), di Studio 1, Glenmarie Shah Alam, pada Ahad.
Dalam masa sama, Mokhzani turut memuji penglibatan komposer muda dan wajah baharu pada edisi kali ini.
Tidak menyangka juga, selalu peluang untuk penyanyi baharu ini ke AJL mengambil masa. Tetapi peluang datang cepat kepada mereka. Contoh Aisha Retno pun dah boleh menang Lagu Terbaik hari kedua.
Kalau dilihat daripada 29 buah lagu yang bertanding di SFMM38, ramai penglibatan daripada komposer muda dan ada beberapa lagunya layak ke AJL38.
Bagaimanapun daripada 29 buah lagu itu, 17 daripadanya adalah lagu balada. Mungkin komposer muda lebih minat dan tertumpu dengan genre balada.
Sementara itu, ditanya mengenai kedudukan setiap lagu yang layak ke AJL 38, Mokhzani menjawab kedudukan markah lagu yang berada di tiga tangga terakhir sangat sengit.
Lagu yang berada di kedudukan 10, 11 dan 12 markahnya sangat dekat dengan lagu yang berada di kedudukan lagu ke 13 dan 14. Jadi juri telah mengupas sebaiknya daripada semua segi dan lagu selepas 12 kurang bernasib baik.
Terdahulu, SFMM38 telah diadili barisan juri profesional yang diketuai Datuk Mokhzani Ismail, LY, Datuk Wah Idris, Cat Farish, Helen Yap dan Azmeer.