Semakin hari, semakin hangat berita yang melibatkan pelakon filem Azura, Shah Jaszle dan pasangan khalwatnya yang dikenali sebagai Farah Nurizzati Salleh, 21.
Rentetan daripada pelbagai kenyataan yang dikeluarkan oleh Farah dan Shah Jaszle, akhirnya keluarga Redzwani Puteri mengambil keputusan untuk memutuskan ikatan pertunangan kedua belah pihak dan berita ini telah disampaikan oleh wakil keluarga Redzwani sendiri menerusi laporan akhbar Berita Harian.
Menurut individu terbabit, keluarga Redzwani tidak mahu nama wanita tersebut dikaitkan lagi dengan Shah Jaszle dan menegaskan bahawa Redzwani tidah sekuat seperti yang dijangkakan. Dia masih lagi manusia biasa dan tidak mampu menanggung dugaan seberat ini.
Saya diwakilkan keluarga Redzwani untuk tampil membuat kenyataan kerana kami tidak mahu namanya dikaitkan lagi dengan Shah.
Kami tidak mahu dia dikenali sebagai tunang Shah lagi kerana hubungan mereka sudah berakhir minggu lalu. Hubungan itu diputuskan setelah keluarga Redzwani melihat kenyataan yang diberikan Shah kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), selepas dia ditangkap khalwat bersama seorang wanita pada 16 Mei lalu.
Jangan ingat Redzwani kuat, sebaliknya dia juga manusia biasa yang ada hati dan perasaan. Luaran mungkin dia nampak tabah, tetapi dalamannya tidak. Sejak kes tangkap khalwat itu, dia suka menyendiri dan apabila ditanya mengenai hubungannya dengan Shah, dia akan menangis.
Artikel Berkaitan :
- Kes Khalwat : Wanita Mengaku Kekasih Pelakon Lelaki Terkenal
- Shahz Berjanji Untuk Tinggalkan Tunangnya- Farah
- Dia Sengaja Mahu Putuskan Hubungan Saya Dengan Tunang – Shah Jaszle
- Rasa Tidak Percaya – Tunang Shah Jaszle
- Sah Shah Jaszle Ditangkap Khalwat – JAIS
Keratan akhbar laporan Shah Jaszle serang Farah di Bangsar
Dalam pada itu, menurut laporan berlainan, Shah Jaszle turut dikatakan telah datang menyerang Farah di sebuah restoran di Bangsar Utama semalam dan menerusi pertemuan tersebut kedua-duanya telah bertikam lidah bagi menegakkan pendirian masing-masing.
Menurut aktor ini, dia mengaku memang ada membawa Farah bertemu dengan keluarganya, akan tetapi hanya memperkenalkan wanita tersebut sebagai kawan biasa sahaja.
Saya memang pernah membawanya pulang tetapi diperkenalkan kepada mak saya sebagai kawan sahaja. Tapi dia yang bercakap seperti kami bercinta sedangkan tidak pernah saya janjikan apa-apa.
Kami hanya kawan biasa yang kebetulan kenal di set penggambaran. – Tegas Shah Jaszle menerusi laporan akhbar Harian Metro hari ini.
Untuk makluman, perbincangan bagi memutuskan pertunangan Redzwani Puteri dan Shah Jaszle hanya melibatkan ibu bapa kedua belah pihak sahaja. Sewatu perbincanagn tersebut, ibu bapa Redzwani telah memulangkan dua bentuk cincin, iaitu sebentuk cincin belah rotan serta sebentuk cincin berlian.