berita

Shaheizy Sam Berhati Mulia – Syatilla Melvin

February 17th, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

syall

Andai semalam Shaheizy Sam tampil mendedahkan status terkini hubungannya dengan Syatilla Melvin, kini giliran pelakon wanita terbabit buka mulut. Walaupun pada awalnya enggan mengulas lanjut mengenai Shaheizy Sam, Syatilla akhirnya akur.

Artikel Berkaitan : Syatilla Sesuai Dijadikan Calon Isteri – Shaheizy Sam

Menurut Syatilla, Shaheizy Sam merupakan individu paling rapat dalam hidupnya buat masa ini. Nampaknya dua-dua dah mengaku saling rapat merapati, kira confirm lah ini?

Selesa Berkawan Dengan Sam

urm

Dakwaan Shaheizy Sam sebelum ini yang mengatakan mereka berdua berkawan rapat sejak 5 tahun lalu benar malah diiyakan sendiri oleh Syatilla. Malah Syatilla akui selesa dengan Shaheizy Sam.

Dia seorang yang sangat mulia hatinya. Semua yang kenal dia akan selesa termasuk saya sendiri. Lagi lama kenal dia, maka lagi dalam saya kenal hati budinya.

Cukuplah saya cakap, saya selesa berbaik dengannya dalam keadaan sekarang.

Syatilla bagaimanapun enggan meletakkan harapan yang tinggi namun percaya andai ada jodoh pasti tak ke mana.

Untuk fikir ke depan iaitu soal kahwin, rasa belum lagi. Tak nampak apa apa bayangan lagi pun. Saya percaya Tuhan sudah tetapkan jodoh masing-masing. Sampai masanya, kalau ada jodoh… kita rai bersama.

Saya ini perempuan… tak manis dan takut nak buat sebarang pengakuan mengenai cinta. Selagi belum ada kahwin, maka tak adalah hubungan istimewa.

Nafi Sengaja Ambil Hati

Tindakan Syatilla yang kerap memuat naik gambar ibu Sam iaitu Khaty Fauziah di laman Instagram miliknya ternyata mengundang persepsi negatif orang ramai.

Dalam hal ini tak wujud istilah saya nak ambil hati keluarga dia. Tapi lebih kepada berbuat baik. Kalau orang sudah baik dengan kita, kenapa kita tak boleh melakukan hal yang sama.

Hubungan saya dengan keluarga dia (Sam) pun rapat.

Tak kisah lah orang nak cakap ambil hati keluarga ke apa. Iyalah, ada sesetengah orang bukan pandai pun nak ambil hati keluarga kekasih, itu yang di reject. Hurm.

Kredit Berita : Berita Harian

SKIP THIS AD ×